Shopping Cart
/ /

Raya Jumaat Atau Sabtu?

Apr 18,2023 | MR

 

Baru-baru ini warga netizen kecoh dengan pertikaian tarikh sebenar Hari Raya Aidilfitri untuk tahun ini. Bukannya apa, ramai yang bimbang sekiranya peristiwa raya ‘mengejut’ berulang kembali seperti tahun lepas.

 

Bimbang ada yang kalut untuk mulakan perjalanan ke kampung.

 

Yang berniaga bimbang tak dapat habiskan barang jualan saat akhir.

 

Mak ayah di kampung pula risau tak sempat nak bakar lemang dan rendang.

 

Macam-macam lagilah kerisauan dan kebimbangannya.

 

Apa pun yang digusarkan, yang pasti semua orang perlu faham bahawasanya seperti tahun-tahun sebelum ini, tarikh Hari Raya Aidilfitri tetap akan ditentukan mengikut kaedah melihat anak bulan / rukyah, sama seperti menentukan bulan puasa Ramadhan.

Pengumuman rasmi bagi tarikh Hari Raya Aidilfitri 2023 / 1444H akan dibuat oleh penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selaku pihak yang berkuasa seperti yang telah diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja.

Sudah menjadi ketetapan tarikh hari raya perlu melalui proses rukyah anak bulan pada setiap 29 Ramadan. Jadi tidak timbul isu jabatan agama perlu menetapkan tarikh hari raya pada sekian haribulan kerana walaupun sudah ada tarikh yang ditetapkan di dalam takwim kalendar tahunan, namun kaedah melihat anak bulan tetap perlu dibuat sebelum memuktamadkan bila tarikh hari raya sebenar.

Untuk itu, semua pihak dinasihatkan supaya menghormati proses penentuan rasmi tarikh Hari Raya di negara ini yang dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (PMBRR) selaku pihak yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja seperti yang dinyatakan oleh pihak Jakim dalam kenyataan di media sosial rasminya,

>> JAKIM Portal <<

Jadi, tenang-tenang sahaja dan risaukanlah  Ramadan yang bakal meninggalkan kita tidak berapa hari saja lagi. Ambil kesempatan dan peluang ini untuk melipatgandakan lagi ibadah demi meraih ganjaran pahala Ramadan.

Kerana tahun hadapan belum tentu kita masih diberi kesempatan bertemu lagi dengan Ramadan.

Comment

Name
Email
Comment