Dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur pada 4 Mac 1999 dan kini menetap bersama keluarga di Kuantan, Pahang. Asyraf Hakimi Bin Abdul Jalil adalah seorang yang sangat aktif dalam bidang penyampaian dakwah di platform media sosial sejak 2020 yang dikenali sebagai Cikgu Asyraf oleh penggemar pengguna. media sosial. Kemudian, beliau menerima mula jemputan ceramah di institusi-institusi pendidikan serta pusat komuniti seperti masjid dan lain-lain bermula daripada 2021 sehingga kini.
Laman media sosial rasmi yang digunakan oleh Cikgu Asyraf adalah di Instagram @CikguAsyraff, di TikTok @CikguAsyraff dan facebook Cikgu Asyraf.
Pada Februari 2023, Cikgu Asyraf telah menubuhkan syarikatnya sendiri iaitu Cikgu Asyraf Legacy (SSM: 003466449-U) bagi meluaskan lagi kerjayanya sebagai seorang penceramah dan usahawan.
Asyraf Hakimi Bin Abdul Jalil mendapat pendidikan dalam bidang pengajian Islam Pengkhususan Syariah dan Undang-undang di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah pada tahun 2020 dan kini beliau sedang melanjutkan pelajaran di Open Universiti Malaysia Kuantan dalam bidang Pengajian Islam secara separuh masa.
Cikgu Asyraf pernah menerima anugerah khas kokorikulum Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah dalam Majlis Konvokesyen Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah yang ke-20 kerana sepanjang pengajian di UniPSAS, cikgu Asyraf aktif dalam pelbagai aktiviti dan sukan. Antara pencapaian peringkat tertinggi adalah Pertandingan PIDATO Bahasa Melayu Peringkat ASEAN 2018 di MARSAH, Johor dan dalam pencapaian bidang sukan pula, Pertandingan Silat Olahraga Kebangsaan 2019 di SUKPA, Pahang.
Cikgu Asyraf pernah bekerja sebagai seorang guru KAFA pada tahun 2019, di Integrated Islamic School Kuantan pada tahun 2020 serta di Madrasah Al-Quran Wal Arabiyyah Pulau Pinang pada tahun 2021.