Kami Menghormati Kerahsiaan Anda
Must Read Sdn. Bhd. bertanggungjawab ke atas penyelenggaraan dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di dalam laman web ini sebagai inisiatif medium penyampaian informasi profil syarikat, produk dan perkhidmatan yang disediakan.
Sila hubungi kami sekiranya anda menghadapi kemusykilan berkenaan terma polisi dan kerahsiaan kami.
Persetujuan
Tindakan anda menggunakan setiap fasiliti di dalam laman web ini adalah indikasi bahawa anda setuju dan faham terhadap terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di sini.
Maklumat Peribadi
Must Read Sdn. Bhd. komited melindungi kerahsiaan dan maklumat peribadi anda. Kami tidak akan mengambil maklumat peribadi anda melainkan kebenaran telah diberikan atau anda bersetuju untuk berkongsi maklumat peribadi secara sukarela. Sebarang maklumat yang diberikan tidak akan dikongsi atau dijual kepada pihak ketiga untuk apa sahaja tujuan.
Apabila anda memohon informasi, atau mendaftar senarai e-mail (mailing list), anda mungkin akan diminta memberikan maklumat peribadi seperti nama, tempat tinggal atau alamat e-mail. Maklumat ini boleh diakses oleh pegawai berautoriti yang menggunakan maklumat tersebut untuk respon kepada pertanyaan anda. Kami berusaha untuk melindungi kerahsiaan, namun sekiranya perlu, kami perlu mendedahkan maklumat peribadi bagi mematuhi pelaksanaan undang-undang dan siasatan yang sah daripada pihak berkuasa.
Memadam Maklumat Peribadi
Sekiranya anda telah mendaftar sebagai penerima risalah syarikat tetapi memutuskan untuk tidak lagi mahu menerima mesej dari kami, sila klik ‘unsubscribe’ di pautan yang disediakan dalam e-mail berkenaan atau hubungi khidmat pelanggan kami di talian 03-61871611.
Cookies
‘Cookies’ adalah fail-fail kecil yang disimpan oleh kedai perisian browser hanya di komputer anda. Ia digunakan untuk menyimpan informasi yang akan diguna semula apabila anda kembali ke laman web ini. Informasi tersebut terdiri daripada (tetapi tidak terhad) informasi yang anda masukkan di dalam ruangan teks borang. Anda boleh menukar tetapan perisian browser untuk menghentikan penggunaan ‘cookies’, atau untuk memaklumkan kepda anda bila ‘cookies’ digunakan.
Had Liabiliti
Sebahagian konten laman web ini berkemungkinan mengandungi pautan-pautan yang merujuk kepada laman web selain laman web ini. Kenyataan polisi dan kerahsiaan yang dinyatakan di dalam laman web ini hanya meliputi laman web ini sahaja dan tidak terpakai ke atas laman-laman web yang dipautkan kepada laman web ini. Must Read Sdn. Bhd. tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang polisi undang-undang, polisi kerahsiaan atau sebarang konten oleh laman web luar yang memaut ke laman web ini atau yang dipaut dari laman web ini.
Penggunaan Konten
Semua maklumat terdapat di dalam laman web ini disediakan sebagai maklumat am sahaja. Ia tidak mewakili sebarang pandangan profesional mana-mana bidang selain yang disahkan dan dibenarkan oleh pemilik konten berautoriti.
Segala konten yang terdapat dalam laman web ini adalah hakmilik Must Read Sdn. Bhd. atau dengan kebenaran pihak ketiga. Anda dibenarkan menggunakan konten tersebut hanya untuk kegunaan sendiri, kegunaan bukan komersil, selagimana tidak bercampur konten daripada laman web pihak ketiga yang boleh merubah maksud asal konten berkenaan.
Bahan dan konten yang diambil daripada laman ini baik secara keseluruhan atau sebahagian dan digunakan untuk tujuan komersil, digunakan di laman web lain atau dalam mana-mana medium penerbitan adalah dilarang.
Penggunaan Gambar
Semua gambar pihak ketiga dalam laman web ini digunakan samada dengan kebenaran pengeluar, atau diambil daripada sumber domain awam. Tidak dibenarkan menyalin sebarang gambar daripada laman web ini bagi tujuan komersil.
Ketepatan Maklumat
Must Read Sdn. Bhd. komited berusaha memastikan segala maklumat di dalam portal ini adalah tepat. Walaubagaimanapun, kami tidak menjamin bahawa setiap maklumat adalah 100% tepat. Maklumat di dalam laman ini mungkin mengandungi maklumat yang kurang tepat atau kesilapan taipografi. Sekiranya ada kesilapan maklumat ditemui, kami akan bertanggungjawab sepenuhnya dan menjadi keutamaan pihak kami untuk membetulkan maklumat berkenaan.
Khidmat Pelanggan
Jika anda memerlukan sebarang bantuan, sila ke laman utama dan klik pautan khidmat pelanggan kami untuk hantar mesej maklumbalas. Atau hubungi talian rasmi kami di pautan ‘Hubungi Kami’.
Penggantungan atau Penamatan Akses
Kegagalan anda mematuhi terma-terma yang dinyatakan di dalam polisi ini boleh membawa kepada penggantungan atau penamatan akses ke laman web ini tanpa notis.