Shop

Jangan Buruk Sangka Pada Tuhan

RM7.20

iwa yang penuh kasih sayang akan melahirkan seorang pengasih. Jiwa yang dibangun dengan kekentalan akan membentuk seorang juara. Jiwa yang terasuh dengan pengorbanan akan membina seorang pejuang.

30 in stock

Category:
Description

Jiwa yang penuh kasih sayang akan melahirkan seorang pengasih. Jiwa yang dibangun dengan kekentalan akan membentuk seorang juara. Jiwa yang terasuh dengan pengorbanan akan membina seorang pejuang. Jiwa yang terisi ilmu bermanfaat akan menemani seorang pemikir. Jiwa yang sentiasa kuat tidak akan membenci episod kegagalan kerana ianya adalah sebahagian daripada pengalaman perjalanan sebuah kehidupan.

Jiwa yang sering berkecai akan memadamkan seri wajah. Jiwa yang kekontangan kasih akan terasa sakit bila melihat kasih sayang. Jiwa yang lemah akan senang mengalah. Jiwa yang rosak akan sentiasa buruk sangka pada takdir andai ditimpa kegagalan atau musibah.

Buku ini untuk pembaca yang mencari karya yang penuh inspirasi. Dengan menonjolkan pelbagai kisah masyarakat tempatan, karya ini menjadi begitu dekat dengan kehidupan pembaca! Membaca karya ini seolah anda sedang menilik cermin tentang sikap diri dan masyarakat. Inilah karya mengagumkan yang dihasilkan oleh seorang anak Kelantan. Sebuah karya yang sarat pengajaran untuk seisi keluarga. (less)

Additional Information
Weight 0.18 kg
Reviews (0)

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Jangan Buruk Sangka Pada Tuhan”

Your email address will not be published. Required fields are marked *