Tajuk : Bertuahnya Wanita yang Bercinta
Penerbit : Must Read Sdn. Bhd.
ISBN : 9789670716220
Penulis : Ummus Anas
Halaman : 193 muka surat
Berat : 420 gram
Apabila menyebut tentang cinta, sering tergambar kemesraan antara lelaki dan perempuan. Adakah ini yang dimaksudkan dengan cinta? Adakah kita sudah cukup bertuah apabila bercinta dengan manusia? Lalu di mana letaknya cinta untuk Yang Maha Pencipta, dalam hati kita?
Naskhah ini merungkai definisi cinta yang sebenar dalam kehidupan seorang wanita. Seandainya seseorang wanita itu benar-benar melorongkan cintanya ke jalan yang diredhai oleh agama, pasti cinta berfungsi sebagai pelengkap kehidupan, bukannya pemusnah kebahagiaan masa depan.
Antara kupasan menarik yang turut dimuatkan adalah:
* Tanda-tanda jatuh cinta.
* Tip-tip menepis cinta terlarang.
* Bahana cinta yang tidak terurus.
* Role model cinta dalam Islam.