Tajuk : 3 Kertas 3 Krayon 3 Pensel Warna
ISBN : 978 967 225 0890
Penulis : Adlil Rajiah
Halaman : 480 muka surat
Berat : 800 gram
Sejak blog saya menjadi viral, saya sering terima pelbagai soalan daripada ibu bapa. Antaranya, macam mana nak atasi anak tantrum? Kenapa anak orang pandai, anak saya tak pandai? Anak saya ketagih gadget, apa saya nak buat? kenapa anak orang lain baik, anak saya pula degil? Jadi, saya sediakan semua jawapannya berdasarkan pengalaman saya membesarkan anak saya, Ashraf Haikal. Dan antara penyelesaian untuk soalan ini, hanya semudah 3 kertas, 3 krayon dan 3 pensel warna.
Tajuk : Why So Serious, Parents?
ISBN : 978-967-2038-18-4
Penulis : Adlil Rajiah
Halaman : 376 muka surat
Sinopsis:
Anak tertumpahkan air,marah.
Anak conteng dinding, marah.
Anak lambat membaca, marah.
Semua benda pun nak marah.
Cuba tarik nafas, hembusss….
Kita ibu bapa ni, kadang-kadang terlalu mementingkan diri, tak pandai kawal emosi, tak pandai berlembut dalam mendidik, dan lebih cepat melenting daripada membimbing.
Kita jarang selami jiwa anak-anak. Walaupun dulu semasa bergelar anak, kita juga impikan ibu bapa yang memahami. Kan?
Why so serious, parents?
Jom pasang matlamat untuk sentiasa jadi nombor satu dalam hati anak-anak. Jadi orang pertama yang anak-anak dambakan dalam apa jua situasi.
Sementara mereka masih mahu memandang wajah kita.
Sementara masih kedengaran suara-suara comel mereka memanggil-manggil kita.
Sementara mereka masih sudi peluk cium kita seikhlasnya.
Dan sementara semuanya masih belum terlambat.
Why so serious, parents?
Tajuk : Parents, Welcome To My World
ISBN : 9789672250470
Penulis : Adlil Rajiah
Halaman : 368 muka surat
Sinopsis:
Kita kata nak faham anak, tapi kita tak pernah tahu isi hati mereka.
Kita kata nak ajar anak, hakikatnya mereka yang banyak mengajar kita tentang kehidupan.
Mari kita terjun ke dalam dunia anak-anak.
Selami perasaan mereka.
Dengar luahan mereka.
Kerana kita mahu menjadi pendengar nombor satu anak-anak kita, sebelum ‘takhta’ itu diambil oleh orang lain yang entah siapa-siapa.
Walau senaif-naif soalan anak bertanya, “Mama, are you okay?” Jawablah sekurang-kurangnya dengan senyuman. Kerana anak-anak yang kita sangka polos dan tin kosong itu, adalah lampu suluh yang akan membuka jalan untuk kita terus melangkah dalam dunia keibubapaan.
Tajuk : How's Your Day So Far
ISBN : 9789672250906
Penulis : Adlil Rajiah
Mengandungi 123 quotes oleh Adlil Rajiah.
Mempunyai 127 halaman berwarna-warni.
Sinopsis:
Kita stress bukan sebab hidup kita tak terurus,
tapi sebab kita lupa,
yang menguruskan hidup ini bukan kita,
tapi Tuhan.
Dan betapa kita pasti ada Tuhan yang sentiasa memerhatikan kita dengan penuh kasih sayang.