Pernahkah anda menghadapi masalah dalam hidup? Sudah tentu pernah, bukan? Tidak ada seorang pun yang terkecuali daripada menghadapi masala dalam hidupnya. Adakah sesiapa antara kita yang sepanjang hidupnya tidak pernah menghadapi masalah?
• Adakah anda pernah menghadapi ujian yang sangat sukar dalam hidup anda? Mengapa ujian serta masalah yang sukar mesti menimpa kehidupan kita? Bagaimanakah caranya untuk kita tetap bertahan dalam menghadapi situasi seperti itu?
Kita sering mengeluh dan marah apabila ada kejadian menyakitkan yang menimpa diri kita. Betapa kita enggan menerima dugaan yang datang, sedangkan nikmat yang ada jauh lebih banyak. Secara sedar atau tidak, kita sering berprasangka buruk terhadap Allah SWT kerana kesukaran yang kita alami. Namun, adakah sika ini memberi kebaikan kepada kita dan membuat keadaan kita menjadi lebih baik?
Maka, bukanlah masalah yang menjadi persoalannya, tetapi sikap kita dalam menghadapinya. Buku Bila Allah Menduga Kita menjelaskan secara terperinci apakah jalan penyelesaian yang diberikan oleh Islam terhadap masalah hidup. Ada banyak pelajaran yang akan membuat kita bahagia dan membantu kita meraih keuntungan dalam kehidupan ini.
Jangan berhenti membaca, sebaliknya fahamilah dengan baik dan amalkan apa yang akan anda pelajari dalam buku ini.
Mudah-mudahan kita semua dapat mengatasi pelbagai dugaan dalam hidup kita.
TAJUK - BILA ALLAH MENDUGA KITA
ISBN -9789672038436
MUKA SURAT - 265
PENULIS - SYED ALWI ALATAS