Tajuk : Doktor Sakit
Penerbit : Must Read Sdn. Bhd.
ISBN : 9789672038689
Penulis : Dr. Atikah Razali
Halaman : 198 muka surat
Berat : 200 gram
Sinopsis:
Keadaan bahagian trauma dan kecemasan hospital daerah itu sedikit kelam-kabut walaupun jam hampir menunjukkan pukul 3.00 pagi. Pesakit tidak putus-putus datang. Ada pula seorang pesakit yang mengadu mengalami kesukaran bernafas di rumah, tidak sedarkan diri pula di hospital akibat serangan jantung yang serius.
Di tengah kekalutan berusaha untuk menyelamatkan nyawa pesakit tersebut (dengan izin Allah SWT), tiba-tiba terdengar suara seseorang memarahi seorang staf,”Hoi boleh cepat tak buat kerja tu? Saya demam dah dua jam tunggu ni!”
Walaupun saat itu matanya boleh melihat jelas doktor, pembantu pegawai perubatan dan jururawat berlari-lari dalam kesibukan. Bagaimana jika ahli keluarga mereka pula di tempat pesakit yang sedang bertarung nyawa?