Tajuk : Fakta Saintifik Surah Yasin
Penerbit : Must Read Sdn. Bhd.
ISBN : 978-967-2038-160
Penulis : Zul Hilmei Mohada Rohani
Siopsis :
MEMBONGKAR BENARNYA HIDUP SELEPAS MATI
Benarkah ada kehidupan selepas mati ?Persoalan kebangkitan semula sesudah mati menjadi masalah besar untuk manusia mempercayainya kerana ia tergolong dalam perkara ghaib yang tidak dapat kita lihat dengan mata kasar .Mereka yang menolak kebangkitan semula akan menolak wujudnya syurga dan neraka ,seterusnya menolak wujudnya AllahSWT sebagai pencipta manusia .Dr Wahbah az-Zuhaili menyatakan surah yasin mengemukakan bukti kepada manusia agar melihat kekuasaan Allah SWT seperti menghidupkan bumi yang mati menjadi subur .Buku ini menampilkan fakta-fakta kajian yang ada dalam surah Yasin bagi membuktikan bahawa kehidupan selepas mati itu memang benar-benar wujud .
Fakta menarik yang dibongkar dalam surah Yasin ,dan antaranya yang belum pernah kita tahu :
Bumi berputar mengilingi matahari .Ini adalah penemuan terbesar dalam dunia astronomi.Namun,fakta inti tidak dipersetujui oleh saintis zaman Yunani.Mengapa ia berlaku ?
(muka surat 84)
Mengapa dikatakan kestabilan kapal di lautan sebenarnya mengambil konsep kejadian gunung ganang ?
(muka surat 116)
Tiada seorang manusia pun di dunia ini ang mempunyai cap jari yang sama seperti manusia lain.Mengapa kita diciptakan seunik itu ?
(muka surat 140)
Benarkah ada tumbuhan-tumbuhan hijau dan basah di dunia ini yang mampu mengeluarkan api apabila digesek ?
(muka surat 167)