Cart
JANGAN BURUK SANGKA PADA TUHAN
JANGAN BURUK SANGKA PADA TUHAN
1/ 1

Jangan Buruk Sangka Pada Tuhan

Jiwa yang penuh kasih sayang akan melahirkan seorang pengasih. Jiwa yang dibangun dengan kekentalan akan membentuk seorang juara. Jiwa yang terasuh dengan pengorbanan akan membina seorang pejuang. Jiwa yang terisi ilmu bermanfaat akan menemani seorang pemikir. Jiwa yang sentiasa kuat tidak akan membenci episod kegagalan kerana ianya adalah sebahagian daripada pengalaman perjalanan sebuah kehidupan
RM18.00 MYR
RM0.00 MYR
Quantity
Only 317 left
Volume Pricing
Quantity
Price
1+
RM18.00 MYR each
Worldwide shipping available
Secure payments
Trusted packing

Tajuk : Jangan Buruk Sangka pada Tuhan

Penulis : Zulnaidi Yaacob

Penerbit : Must Read Sdn. Bhd.

ISBN : 9789675426582

Halaman : 132 muka surat

Berat : 200 gram

 

Sinopsis:

Jiwa yang penuh kasih sayang akan melahirkan seorang pengasih. Jiwa yang dibangun dengan kekentalan akan membentuk seorang juara. Jiwa yang terasuh dengan pengorbanan akan membina seorang pejuang. Jiwa yang terisi ilmu bermanfaat akan menemani seorang pemikir. Jiwa yang sentiasa kuat tidak akan membenci episod kegagalan kerana ianya adalah sebahagian daripada pengalaman perjalanan sebuah kehidupan.

Jiwa yang sering berkecai akan memadamkan seri wajah. Jiwa yang kekontangan kasih akan terasa sakit bila melihat kasih sayang. Jiwa yang lemah akan senang mengalah. Jiwa yang rosak akan sentiasa buruk sangka pada takdir andai ditimpa kegagalan atau musibah.

Buku ini untuk pembaca yang mencari karya yang penuh inspirasi. Dengan menonjolkan pelbagai kisah masyarakat tempatan, karya ini menjadi begitu dekat dengan kehidupan pembaca! Membaca karya ini seolah anda sedang menilik cermin tentang sikap diri dan masyarakat. Inilah karya mengagumkan yang dihasilkan oleh seorang anak Kelantan. Sebuah karya yang sarat pengajaran untuk seisi keluarga.