Cart
LANA LIVING AS AN AUTISTIC
LANA LIVING AS AN AUTISTIC
1/ 1

Lana Living As An Autistic

Suatu hari, lepas selesai solat Subuh, Lana mula bersuara. Kata Lana hidung dia selsema.
RM40.00 MYR
RM0.00 MYR
Quantity
Only 280 left
Volume Pricing
Quantity
Price
1+
RM40.00 MYR each
Worldwide shipping available
Secure payments
Trusted packing

Tajuk : Lana Living As An Autistic

Penulis : Syahirah Omar & Lana Darwisya

Penerbit : Komrad Buku

ISBN : 9789672062639

Halaman : 256 muka surat

Berat : 300 gram

Sinopsis:

Suatu hari, lepas selesai solat Subuh,
Lana mula bersuara.
Kata Lana hidung dia selsema.
Apabila dihembus, keluar darah sikit.
Aku cakap,"Tak apa. Nanti minum plain water banyak-banyak."
Lepas tu, dia cakap dia tak berasa sihat nak ke sekolah.
"Ada yang kacau awak kat sekolah?"Aku menyoal.
"I don't know mama."
"Cuba sayang cerita. Mama cuma nak tahu. Nanti mama minta tolong teacher okey?"

"HOW TO EXPLAIN MY FEELINGS WHEN I CAN'T FIND THE WORDS, MAMA?''

.........................................................................

"Begitulah Lana. Tak mahu mengadu siapa yang usik atau buli dia. Semuanya aku perlu tanya Luqman.

Kata Luqman, junior suka usik dan tengok Lana menangis.

Menangis Lana bukan menangis biasa. Menangis dia meraung macam kekasih dirampas orang ketiga. Haih.

Sebab itu ramai anak Asperger kemurungan apabila bercampur dengan orang lain. Emosi mereka berbeza. Cara faham, lihat, bau, rasa dan dengar  semuanya berbeza."

Lana, Living As An Autistic, bukan sebuah buku yang biasa-biasa. Ia adalah sebuah perkongsian seorang ibu yang struggle membesarkan seorang anak autistik, dan juga bagaimana beliau berjaya mengharunginya. Selain perkongsian pengalaman bersama Lana, beliau juga banyak kongsikan tip berguna buat panduan ibu bapa terutamanya yang mempunyai anak seperti Lana, iaitu seorang asperger. Baca juga luahan hati seorang anak asperger, iaitu Lana sendiri. 

Dengan membaca buku ini, kita akan lebih memahami apa itu autism, apa yang perlu dilakukan dan yang penting lebih memahami perasaan anak-anak istimewa ini. Dan jangan tak percaya, ada dikalangan anak-anak ini mempunyai tahap IQ yang tinggi ya!