Tajuk : Mat Kilau : Perjuangan Di Bumi Pahang
Penulis : Syed Azharul Asriq
ISBN : 9789670078496
Halaman : 104 muka surat
Genre : Komik
Berat : 0.2kg
Saiz Buku : 5.8” x 8.5”
Sinopsis:
Kematian seorang lelaki Cina yang didakwa sebagai warga British di Pekan, Pahang menjadi detik pihak British menekan Sultan Ahmad supaya menerima kehadiran Residen British di Pahang. Residen British bertanggungjawab memberi nasihat dalam urusan pentadbiran kecuali dalam hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu.
Namun, kehadiran Residen British di Pahang menimbulkan rasa tidak puas hati Sultan dan para pembesar Pahang apabila British mengambil alih tugas memungut cukai dan hasil daripada pembesar negeri yang dilantik. Penduduk setempat juga marah dengan kehadiran British di tanah mereka.
Di sinilah bermula perjuangan Mat Kilau dan rakan-rakannya bangkit menentang penjajah yang hanya mahu mengaut keuntungan hasil bumi Pahang!