Shopping Cart
MENCARI IMAN YANG HILANG
MENCARI IMAN YANG HILANG
1/ 1

MENCARI IMAN YANG HILANG

Buku ini mengupas kepelbagaian isu berkenaan aspek yang menjurus kepada usaha pengukuhan kemantapan iman dan takwa. Iman adalah tiang seri kepada setiap jiwa mukmin dan seharusnya sentiasa disuburkan dengan kesegaran dan daya keutuhan ‘life style' Islamik.
RM2000
RM000
Quantity
Only 17 left
Worldwide shipping available
Secure payments
Trusted packing

Buku ini mengupas kepelbagaian isu berkenaan aspek yang menjurus kepada usaha pengukuhan kemantapan iman dan takwa. Iman adalah tiang seri kepada setiap jiwa mukmin dan seharusnya sentiasa disuburkan dengan kesegaran dan daya keutuhan ‘life style' Islamik.

Terdapat kepelbagaian tema atau isu sebagai perlambangan kepada niat menzahirkan manusia yang hidup sebagai hamba Allah yang sentiasa diselubungi dengan seribu satu macam cabaran dan dugaan. Ia turut memaparkan kisah-kisah kehidupan manusia dan cuba mengajak setiap pembaca menghayati jalan yang sebenar sebagaimana dituntut olah agama.

Setiap tema dikupas dengan menerjah mata hati  untuk mengaut keuntungan dunia tanpa lupa untuk meraih kebahagiaan akhirat. Kita harus bina visi yang luhur sesuci embun pagi untuk menerangi alam kehidupan dunia yang fana ini dan memercik satu pancaran warna indah memayungi segala gelora ujian Tuhan. Justeru, dengan  penyerapan unsur internal diri yang unggul lagi bersepadu bersama suluhan agama, kita akan berupaya membina benteng peribadi diri dengan tunjang yang berakarkan tauhid  yang  kukuh. Insya-Allah

Tajuk : Mencari Iman Yang Hilang

Penerbit : Must Read Sdn. Bhd.

ISBN : 9789670392615

Penulis : Mohd Rizal Azman Rifin

Halaman : 195 muka surat

Berat : 420 gram