Tajuk : Penyucian Jiwa
Penulis : Zuridan Mohd Daud
ISBN : 9789675426285
Muka Surat : 144
Sinopsis :
“Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasiqan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.” {Surah as-Syam~7-10} Tahukah kita bahawa semua kemelut yang melanda kehidupan manusia hari ini bukannya berpunca dari tiada ilmu atau tiadanya wang? Hari ini semakin ramai orang berilmu dan semakin ramai pula orang yang kaya dan berharta. Jika kita renungkan, ia sebenarnya berpunca dari jiwa yang kosong. Kekosongan jiwalah yang menjadi punca manusia hilang pertimbangan diri, kerunsingan, keresahan dan keserabutan fikiran. Natijahnya, hilanglah rasa malu bila melakukan kejahatan dan kemaksiatan. Sebenarnya apa yang berlaku kini adalah pengulangan dengan apa yang telah berlaku di dalam sejarah tamadun manusia. Punca yang sama, apabila jiwa kosong maka tiadalah iman. Apabila tiada iman maka akan berleluasalah segala keruntuhan nilai dan akhlak. Oleh itu, Allah SWT telah membekalkan manusia dengan panduan agar dapat memimpin ke arah menyucikan kembali jiwa dan membentuk tingkah laku yang baik. Untuk itu buku ini ditulis sebagai satu usaha kerdil dalam memberi sumbangan mengemukakan panduan ke arah menyucikan jiwa manusia berpandukan al-Quran dan As-Sunnah. Jiwa yang suci akan menjadi aset yang menyumbang kepada kebaikan di dalam kehidupan manusia di dunia ini.