PRE ORDER
PENTING: Buku ini berstatus PRE-ORDER dan belum siap dicetak. Order pelanggan yang mengandungi buku pre-order hanya akan dihantar, setelah buku ini sudah masuk stor. Sekiranya mahu buku-buku lain dihantar lebih awal, mohon buat order yang berasingan daripada buku pre-order ini. Harap maklum.
Tajuk : Mat Salleh : Kebangkitan Anak Borneo
Penulis : Syed Azharul Asriq
ISBN : 9789670078526
Halaman : 98 muka surat
Genre : Komik
Berat : 0.2kg
Saiz Buku : 5.8” x 8.5”
Tahun terbitan : 2025
Sinopsis :
Syarikat Borneo Utara British (SBUB) akan membina rel kereta api dan wayar telegraf merentasi seluruh negeri Sabah. Oleh itu, mereka mengenakan cukai yang tinggi kepada penduduk negeri Sabah. Perahu yang menjadi pengangkutan penduduk serta beras yang menjadi makanan asasi penduduk dikenakan cukai. Malah, ramai penduduk tempatan dipaksa bekerja sebagai buruh, namun tidak dibayar gaji.
Bukan sahaja pengenalan cukai yang membebankan, malah para pemimpin tempatan tidak lagi diiktiraf oleh SBUB dan seluruh pemimpin komuniti hilang kuasa dan kedudukan politik.
Lantaran kezaliman ini, seorang pembesar tempatan bangkit melawan penjajah dan mempertahankan hak anak negeri! Beliau ialah Datu Paduka Mohammad Salleh atau lebih dikenali sebagai Mat Salleh.
Komik Mat Salleh 1 memuatkan awal mula kisah perjuangan Mat Salleh dan para pengikutnya berjuang melawan British di negeri Sabah.