Tajuk : Rahsia Hidup Berkat (Meraih Kesempurnaan dalam Kehidupan)
Penulis :Dr. Rohaily Al-Jawhary
ISBN :978-967-0078-23-6
Muka Surat : 198
Sinopsis :
"Dan sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertakwa tentulah Kami akan membuka kepada mereka keberkatan yang melimpah-limpah dari langit dan bumi."
(Surah al-Araf 7: Ayat 96)
Keberkatan dalam hidup menganugerahkan kita ketenangan jiwa, kedamaian hati, keselesaan, kebahagiaan dan kesempurnaan.Malah semuanya menjadi cukup dan lengkap dengan keberkatan .
Bersama berkat yang sedikit akan mencukupkan, apatah lagi bila banyak melimpah, tentu ramai yang dapat berkongsi, merasa keberkatannya. Bila dilimpahi berkat, nikmat yang diterima pasti
mencukupkan, menenangkan dan membahagiakan. Malangnya, tanpa berkat yang banyak tidak akan mencukupkan, apatah lagi yang sedikit, pasti bertambah menyesakkan. Bila tiada berkat, nikmat yang di depan mata gagal disyukuri dan yang tiada sering
dikesali.
Begitulah kepentingan berkat dalam hidup insan beriman. la perlu dicari dan dimiliki demi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Namun, apakah sebenarnya berkat? Bagaimana cara mendapatkannya? Mengapa tidak berkat? Apakah jalan-jalan yang membawa kita memperoleh berkat?
Justeru, buku Rahsia Hidup Berkat yang sedang anda tatap ini menyediakan jawapan dan pedoman kepada semua pertanyaan di atas. Fahami hakikat berkat dan sahakan agar ia memayungi lembaran hari-hari sepanjang hidup kita. Demi kebahagiaan dan ketenangan jiwa, kita perlu memilikinya!