Tajuk : Tip Sebagai Muslim Bertakwa
Penulis : Mohamad Razif Mohamad Fuad
Penerbit : Must Read Sdn. Bhd.
ISBN :9789670392516
Halaman : 122
Berat: 150 gram
Sinopsis:
“Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertakwa.”
(Surah al-Baqarah, ayat: 21)
Rasulullah SAW bersabda, “Takwa itu terletak di sini”, sambil menunjukkan ke dada (hati) Baginda tiga kali. Di sinilah destinasi merealisasikan takwa yang hakiki, kecuali bagi orang-orang yang dimudahkan oleh Allah SWT seperti para Nabi dan Rasul. Meskipun kita dapat menguasai anggota badan dengan mudah dan tampak baik amalannya, tetapi tidak demikian keadaan hati. Tiada seorang pun yang mampu menguasai hatinya kecuali Allah SWT.
Rasa takut (takwa) kepada Allah SWT itu disalur dengan menjalankan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Itulah kayu pengukur bagi orang yang bertakwa. Kedudukan takwa bukanlah sekadar pada pekerjaan yang zahir semata-mata, tetapi perlu disertakan dengan pekerjaan hati yang total kepada Ilahi.