150 Naskah Al-Quran Untuk Orang Asli dan Saudara Baru
Mar 22,2023 | Must Read
Selasa 21 Mac - Must Read Sdn. Bhd. telah berkunjung ke 2 lokasi penempatan orang Asli iaitu di Kampung Orang Asli Sungai Buloh dan Kampung Orang Asli Hulu Kuang bagi menyampaikan sumbangan 150 naskah al-Quran baru yang diinfak oleh penginfak menerusi Pertubuhan Ukhwah for Ummah (U4U).
Menurut wakil penduduk, aktiviti pengajian Islam di sini rancak dengan pantauan dan bimbingan oleh wakil guru-guru agama daripada Jabatan Kemajuan Islam yang setia memberikan bimbingan dan kelas-kelas asas agama kepada penduduk khususnya kumpulan saudara baru.
Sumbangan al-Quran yang lengkap dengan terjemahan dan asbabun nuzul itu bakal memudahkan para saudara baru untuk mendalami dan memahami isi kandungan al-Quran serta agama Islam dengan lebih baik.
Beberapa siri aktiviti CSR sebegini akan diatur dan diteruskan oleh Must Read Sdn. Bhd. sepanjang tahun 2023.