Shopping Cart
AVANT GARDE
AVANT GARDE
1/ 1

Avant Garde

Avant-Garde Ridhuan Tee adalah coretan peribadi saya dalam menganalisis isu-isu semasa dan keadaan persekitaran yang berlaku. Coretan yang disiarkan oleh akhbar, majalah dan blog saya sendiri, mahu mengajak para pembaca supaya menjadi masyarakat yang berfikir, sesuai dengan kata-kata, berfikir seminit atau sejenak, lebih baik daripada sembahyang sunat berpuluh-puluh rakaat.
RM23.90 MYR
RM0.00 MYR
Quantity
Only 355 left
Volume Pricing
Quantity
Price
1+
RM23.90 MYR each
Worldwide shipping available
Secure payments
Trusted packing

Tajuk : Avant Garde

Publisher: Must Read

ISBN: 9789670392202

Format: Paperback

Weight: 420 g

 

Sinopsis : 

Avant-Garde Ridhuan Tee adalah coretan peribadi saya dalam menganalisis isu-isu semasa dan keadaan persekitaran yang berlaku. Coretan yang disiarkan oleh akhbar, majalah dan blog saya sendiri, mahu mengajak para pembaca supaya menjadi masyarakat yang berfikir, sesuai dengan kata-kata, berfikir seminit atau sejenak, lebih baik daripada sembahyang sunat berpuluh-puluh rakaat. Ini bukanlah bermakna se lepas ini kita perlu sembahyang sunat dan hanya termenung memikirkan sesuatu. Apa yang saya inginkan adalah kepentingan untuk melahirkan masyarakat yang berfikiran kritis atau critical thinking.

 

Kehidupan kita tidak akan bermakna, jika hanya menjadi pembodek atau yes man. Pemikiran kritis bukan sahaja dapat membantu orang lain, pada masa sama akan menstimulasikan otak kita dan dapat membuka minda kita agar dapat berfikir lebih jauh.

Coretan peribadi hanya mahu mengingatkan kita bahawa orang lain sudah lama meninggalkan kita. Patutkah kita sebagai umat Islam, terus berpeluk tubuh atau mendiamkan diri? Sudah tentu tidak.

 

Sebagai umat Islam, kita tidak boleh menunggu bulan jatuh ke riba. Kitalah yang seharusnya pergi ke bulan dan menggapai bintang.

 

Untuk itu, cara berfikir, sikap dan perangai mesti berubah. Jika tidak, umat Islam tidak akan ke mana-mana, malah akan terus berada di takuk lama.

 

 

Ingatlah wahai umatku, selagi mana kita berada dalam kepompong yang selesa, malas berusaha tetapi mahu kaya, mudah diperalatkan, berpecah sesama sendiri, tidak mensyukuri nikmat Allah, dan sebagainya, maka akan tiba satu masa nanti, orang lain akan mengambil alih tempat kita. Di kala itulah, kita akan menjadi manusia menyesal seumur hidup.

 

Justeru, bangunlah, marilah kita bersama-sama membela nasib agama, bangsa dan negara sendiri sebelum terlambat.