Tajuk : Ibadah Sehari Hilang Dosa Setahun
Penerbit : Must Read Sdn. Bhd.
ISBN : 9789672250715
Penulis : Prof.Engku Ahmad Zaki
Halaman : 153 muka surat
Berat : 250 gram
Sinopsis:
Bila Hari kemerdekaan Malaysia ?
31 Ogos
Bila Hari April Fool ?
1 April
Bila Hari Guru?
16 Mei
Memang mudah untuk kita menjawab soalan- soalan tersebut. Tetapi cuba kita tanya pula “Bila maulidur Rasul ?”, “Bila nisfu Syaaban?”ataupun “Bila Nuzul Al-Quran?” Nescaya tidak semudah itu kita boleh menjawabnya. Penekanan terhadap kalendar masihi dan pengaruh budaya barat dalam kehidupan seharian kita kadangkala menyebabkan kita lupa tentang kepentingan tarikah-tarikh penting atau hari-hari kebesaran dalam sejarah Islam.
Itulah yang ingin ditonjolkan dalam buku ini. Kesemua 12 bulan dalam kalendar Islam dihuraikan satu persatu dari segi sejarahnya, kelebihannya dan juga amalan-amalan yang boleh kita lakukan dalam bulan tersebut agar kita sebaga umat Islam lebih mendekatkan diri kepada cara hidup yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.