Dia menanggalkan tudung dari gadis itu dan mula menunjukkan caranya. “kamu sudah pakai awning dan tudung di atasnya. Sekarang tarik daripada sebelah kiri yang panjang ke sebelah kanan dan pin pada bawah dagu. Kemudian, tarik yang pendek ke bahu kanan dan pin. Adik Nampak apa yang kakak buat?”
Beberapa kepala mengangguk, “Ya, mudah juga.”
“Belum selesai lagi. Sekarang tarik selendang sebelah kanan yang panjang meliliti kepala sehingga ke sebelah kiri belakang dan pin pada bahagian yang dirasakan selesa seperti di atas bahu. Bolehlah kamu ketatkan atau longgarkan sesuka hati. Siap.”
Itulah Anni Ami, setiap sentuhan dan pandanannya pasti melahirkan sesuatu yang indah dan mengagumkan.
Jom kita dapatkan tip-tip lain dari Anni Ami.
Tajuk : Mix and Match
Penerbit : Must Read Sdn. Bhd.
ISBN : 9789670392226
Penulis : Zul Man
Berat : 250 gram