now is modern browser
Cart
/ /

BAGAIMANA HENDAK MENCAPAI QUALITY PLAY KETIKA BERMAIN BERSAMA ANAK?

Nov 23,2023 | MR

     

Dalam bab ni saya nak kongsi tentang satu isu yang nampak menjadikan dunia keibubapaan lebih menyeronokkan kalau kita ambil tahu. Tentang bermain bersama anak.

Ramai antara kita yang sebenarnya kurang tahu cara yang betul untuk bermain dengan anak. Acah-acah tahu, tapi sebenarnya tak tahu. Dari budak tu lahir, sampai dah umur 18 tahun, dok main aucak aucak je. Maka membesarlah anak itu dengan penuh kemurungan.

Ada ibu bapa yang menulis kepada saya:

"Jiji, anak saya suka main bola, jadi saya belikan dia banyak bola. Dan kitorang main bola je hari-hari."

"Saya suri rumah, jaga anak sendiri. Saya selalu buntu fikir nak main apa dengan anak."

"Anak-anak jiran suka datang rumah saya, tapi tak tahu nak layan macam mana. Jadi saya longgok jelah mainan depan diorang.”

"Jiji, quality play tu macam mana? Adakah dengan membawa anak saya ke taman permainan hari-hari tu dah dikira bermain secara berkualiti?"

 

JENIS-JENIS QUALITY PLAY

1. Symbolic Play

Symbolic play ni adalah yang paling natural dan sesuai untuk semua peringkat umur anak. Dan kadang-kadang, memang anak-anak akan naturally main symbolic play ni dengan sendirinya.

Contoh, ambil sikat dan jadikan sebagai mikrofon.

Atau ambil pisang dan jadikan sebagai telefon.

Ambil daun dan jadikan sebagai penyapu. Dan sebagainya.

Symbolic play membenarkan anak-anak meneroka persekitaran mereka secara perlahan-lahan dan meningkatkan pemahaman mereka tentang dunia sekeliling tanpa terdedah kepada risiko yang terlalu bahaya.

 

2. Rough and tumble play 

Rough and tumble play adalah sejenis play yang banyak melibatkan aktiviti fizikal. Contohnya main lawan-lawan, main perang-perang, main golek-golek, main geletek-geletek, main gusti-gusti, dan sebagainya

Ini paling sesuai untuk aktiviti ayah dan anak lelaki.

Sebab anak lelaki memang suka aktiviti berguling, bergolek, berlanggar, meletop kebabom macam ni.

 

3. Socio-dramatic play 

Play ini selalunya melibatkan suasana atau persekitaran yang lebih nyata.

Contoh macam, pergi shopping barang dapur dengan anak.

Pergi memancing.

Pergi berkhemah.

Pergi gotong-royong bersihkan rumah.

Anak sental lantai tandas, bapa cuci mangkuk jamban, mak cuci rambut kat salon.

Eh? :)

Socio-dramatic play boleh membantu anak-anak meneroka potensi dan kemahiran diri mereka sendiri, di samping membantu ibu bapa memastikan tandas sentiasa bersih.

 

 4. Social Play

Social play adalah sejenis play yang melibatkan interaksi dan perhubungan.

Melalui social play, anak-anak akan belajar cara bergaul, cara bertolak ansur, dan cara mengawal emosi diri dan menjaga emosi rakan-rakan.

Tak kisahlah main apa pun.  Asalkan ia aktiviti berkumpulan dan terpaksa dilakukan bersama.

Untuk yang beranak satu atau anak tak ramai, social play ini bagus untuk bangunkan kemahiran bersosial anak-anak dan perlahan-lahan kurangkan  'overly attachment', tahap kemanjaan, atau sifat bossy mereka. 

************
Ada lagi 12 jenis quality play yang dikongsi Jijie dalam buku parenting beliau, Why So Serious Parents? Nak tahu lanjut, boleh dapatkan buku ini dengan klik gambar buku di bawah.
 
 
               
 
 
 
 
 

Comment

Name
Email
Comment