Shopping Cart
/ /

TIDAK SALAH MENANGIS!

Nov 09,2023 | MR

       

 

Kita sedang hidup dalam budaya yang menafikan tangisan.

"Jangan menangis."

"Malu la nangis."

"Tak ada apa pun ni, sikit je"

Kita menganggap orang yang menangis itu lemah, sensitif dan mudah rapuh. Dari kecil kita dilarang untuk menangis terutamanya lelaki. Kita sering diminta untuk segera berhenti menangis. Hingga dewasa kita membawa pemikiran ini.

Akibatnya dada makin sesak, sukar tumpukan perhatian dan segalanya menjadi serba salah. Ada sahaja yang tidak kena. Sedangkan menangis ini sama juga seperti ketawa. Menangis ialah cara kita ekspresikan emosi yang Allah SWT ciptakan.

Tidak ada salahnya kerana menangis juga cara manusia meluahkan. Didikan ini menyebabkan ramai antara kita tidak mahu merasai emosi sendiri. Kita cenderung menafikannya. Tidak mahu marah. Tidak mahu menangis.

Contohnya, kita dikritik di khalayak ramai atas kesalahan yang bukan kita lakukan, sepatutnya ketika itu kita marah namun kita cuba mengawal diri dengan bertenang. Kita tidak pertahankan diri kita dan apabila pulang, kita masih menafikan apa yang kita rasa. Kita tidak marah atau menangis.

Kita rasa kita akan terus dengan cara ini. Kita kata kita tidak manu berdepan konflik. Namun kita sebenarnya memendam dan membawa emosi ini sebagai beban seumur hidup.

****

Petikan daripada buku Comeback Stronger tulisan Syira Lokman. Klik gambar buku untuk dapatkan buku terbaik ini.

 

Comment

Name
Email
Comment