Shopping Cart
/ /

PRINSIP AL-QURAN SEBAGAI SUMBER KEKUATAN

Nov 17,2023 | MR

 

             

Kekuatan generasi awal Islam banyak dipengaruhi oleh kekuatan dan keteguhan mereka berpegang dengan manhaj (method) dan prinsip al-Quran itu sendiri.

Bahkan, tidak keterlaluan jika dikatakan mereka menerima segala yang diturunkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran tanpa sedikit pun perselisihan faham dan pergaduhan. Asas kefahaman yang telah disuburkan oleh Rasulullah SAW mengenai al-Quran dan al-Sunnah kepada para sahabat menjadikan jiwa mereka begitu teguh dan kuat.

Asas kekuatan tersebut telah ditunjukkan dengan jelas oleh para sahabat seperti Sayidina Abu Bakar RA, Sayidina Umar RA, Sayidina Uthman RA, Sayidina Ali RA, Ubai Bin Kaab, Khalid bin Al-Walid, Sayidina Bilal bin Rabah, Sayidina'Amru bin Al-Ash, Sayidina Hamzah, Miqdad bin Aswad dan ramai lagi para mujahid agung yang telah melakar sejarah dalam sirah perjuangan Nabi SAW. Mereka berjuang tanpa rasa bimbang dan gentar dengan ancaman musuh kerana keyakinan yang tinggi dengan janji Allah SWT di dalam al-Quran.

Terdapat beberapa contoh peristiwa yang boleh kita titip daripada sirah. Antaranya ialah semangat yang telah ditunjukkan oleh Miqdad bin Aswad daripada golongan Muhajirin dalam Perang Badar. Pada saat Rasulullah SAW meminta pandangan para sahabat untuk berjuang, beliau bangun dan berkata dengan penuh semangat:

"Ya Rasulullah! Kami tidak akan mengatakan kepadam seperti apa yang telah dikatakan oleh Bani Israel kepada Musa, "Pergilah kamu bersama Tuhanmu untuk berjuang, kami duduk (menunggu) di sini." (Dalam surah al-Maidah). Tetapi kami mengatakan, pergilah bersama dengan keberkatan Allah SWT dan kami akan bersama denganmu untuk berperang."

Saad bin Muadz daripada golongan Ansar juga turut bangun dengan penuh semangat sambil menuturkan pidato yang hebat kepada Rasulullah SAW:

"Wahai utusan Allah, kami telah mempercayai bahawa engkau berkata benar. Kami telah memberikan kepadamu kesetiaan kami untuk mendengar dan taat kepadamu... Demi Allah, Dia yang telah mengutusmu dengan kebenaran Jika engkau memasuki laut, kami akan ikut memasukinya bersamamu dan tidak ada seorang pun daripada kami yang akan tertinggal di belakang...Mudah-mudahan Allah SWT akan menunjukkan kepadamu yang mana tindakan kami akan menggembirakanmu. Maka majuan bersama-sama kami, letakkan kepercayaan kami di dalam keberkatan Allah SWT."

Begitu juga kisah Umar bin al-Khattab RA ketika peristiwa Hijrah. Beliau dengan penuh berani pergi ke tengan kota Makkah sambil berteriak, "Barang siapa yang ingin isterinya menjadi janda dan anaknya menjadi yatim, maka silalah untuk menghalangku keluar berhijrah."

Diceritakan juga ketika pertempuran Uhud, Saad bin Abi Waqqash ef telah berjaya membunuh tiga orang Musyrikin dengan sebatang anak panah.

Dipanahnya seorang, lalu diambinya lagi panan itu, kemudian dipanannya orang yang kedua. Seterusnya, orang yang ketiga dengan panah yang sama. Ramai sahabat berasa hairan dengan keberanian Saad itu. Maka Saad dengan lantang berkata:

"Sesungguhnya Nabi SAW yang telah memberikanku keberanian itu, sehingga aku menjadi begitu berani sekali."

Banyak lagi kisah yang tidak dapat dinukilkan di sini. Namun, apa yang ingin disampaikan daripada sebahagian catatan peristiwa di atas ialah hasil tarbiah dan didikan yang diberikan oleh Rasulullah SAW melalui prinsip al-Quran mampu melahirkan jiwa yang tabah dan teguh seperti mereka.

Sayidina Umar RA pernah menyebut:

"Kita adalah satu kaum yang dimuliakan oleh Allah SWT dengan Islam. Maka sekiranya kita mencari kemuliaan yang selain daripada Islam, kita akan dihina oleh Allah SWT.”

Secara jelas, Islam dan al-Quran telah mengangkat generasi-generasi pejuang agung terdahulu, hingga mereka lahir sebagai generasi yang mulia dan hebat dalam mempertahankan Islam.

Inilah rahsia yang boleh kita fahami melalui manhaj al-Quran yang diturunkan secara bertalaqqi, serta prinsip al-Quran yang tidak sesekali bercampur dengan sebarang hasil rekaan manusia di dalamnya.

********

Dipetik daripada buku bestseller Ensiklopedia Al-Quran, tulisan Syeikh Muhd Mujahid. Klik gambar untuk bacaan lanjut dengan dapatkan buku.

 

Comment

Name
Email
Comment