now is modern browser
Cart
/ /

Bayangkan Ini Solat Terakhir Kita

Mar 27,2023 | MR

Bukan sebab dunia nak kiamat tetapi ini adalah salah satu tip bagaimana untuk mendapatkan khusyuk dalam solat.

Apabila seseorang membayangkan bahawa solatnya itu adalah peluang terakhir dirinya dapat menghadap Allah SWT (dalam solat) sebelum nyawa diambil Izrail, pasti dia akan menumpukan sepenuh perhatian terhadap penghayatan solat yang sedang didirikan.

Setiap rayuan, doa dan zikir pasti akan dipersembahkan dengan penuh kesungguhan. Solat dengan jiwa sebegini rupa pernah dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada seorang sahabat dengan bersabda:

 

Apabila kamu bangun untuk mengerjakan solat, solatlah dengan bayangan solat perpisahan (kali terakhir) – riwayat Ibnu Majah daripada Abu Ayyub al-Ansari r.a.

 

Semua usaha yang dilakukan sebelum solat untuk mencapai khusyuk adalah bertujuan untuk membawa kesinambungan khusyuk sewaktu mengerjakan solat.

Justeru ketika mendirikan solat, segala apa yang diperlukan untuk mencapai khusyuk perlu diberi tumpuan dan disempurnakan.

Baca 6 lagi tip daripada 7 tip panduan menjemput khusyuk ke dalam solat yang dikongsikan di dalam buku Khusyuk Solat tulisan Dr. Rohaily al-Jawhary.

Semoga ibadah kita akan lebih khusyuk dan berkualiti.

Comment

Name
Email
Comment