Shopping Cart
/ /

AKU SOLAT UNTUK APA SEBENARNYA?

Jul 12,2023 | MR

Pernah tak tanya pada diri kita, "Untuk apa aku solat sebenarnya?"

Haa kalau nak tau pensyariatan solat sebenarnya istilah yang digunakan dalam agama Islam untuk membawa pada kewajipan dalam melaksanakan ibadah solat secara betul yang sesuai dengan tuntutan yang diajarkan oleh Nabi Muhammad.

 

Tapi kenapa tak doa je? Kenapa perlu ada pergerakan dalam solat?

Ini kita nak cerita.. kalau nak tahu perbuatan solat yang betul, dengan waktu yang ditentukan, posisi badan yang tertib, pembacaan yang tepat, ini semua adalah untuk menentukan tertiba yang dituntut dalam rukun solat dan ini juga menjadikan satu bentuk disiplin yang diajarkan kepada umat Islam.

 

Tapi apa pula hukum solat?

Seperti kita semua sudah sedia tahu hukum bagi solat fardhu adalah wajib bagi setiap umat Islam yang sudah baligh. Ini adalah kerana solat itu adalah satu tanda dimana kita sujud kepada Allah dan berserah diri dengan pengharapan hanya kepada Allah. 

Solat fardhu yang wajib ada lima waktu iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak dan wajib untuk kita lakukan tanpa meninggalkannya dengan alasan yang munasabah melainkan ada perkara yang telah ditetapkan syarat untuk rukhsah.

Allah SWT telah menukilan didalam Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 43 yang bermaksud,

"Dan dirikanlah kamu sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang yang rukuk."

 

Eh kejap... tadi sebut rukhah? Apa itu rukhsah?

Nak tahu kenalah baca penulisan seterusnya!

Comment

Name
Email
Comment