now is modern browser
Cart
/ /

KENAPA HARI JUMAAT PENTING BUAT UMAT ISLAM?

Jul 14,2023 | MR

Hari ini dah hari Jumaat. Ada apa dengan hari Jumaat? Yang kita tahu hari Jumaat ialah hari orang lelaki kena solat Jumaat di masjid. Selain daripada itu, apa yang kita tahu? Apa istimewanya sehingga ia dipilih sebagai penghulu hari buat umat Islam?

Hari Jumaat juga digelar sebagai sayyidul ayyam iaitu hari yang paling utama. Hari Jumaat yang asal perkataannya adalah 'jumu'ah' yang bermaksud berkumpul, iaitu dimana pada hari ini umat Islam berkumpul mendengar khutbah dan solat berjemaah bersama-sama tanpa mengira pangkat mahupun latarbelakang.

 

ANTARA KEISTIMEWAAN HARI JUMAAT

Hari Jumaat mempunyai keistimewaannya sendiri, antaranya peristiwa-peristiwa yang berlaku semasa hari ini ialah Nabi Adam telah diciptakan oleh Allah SWT dan hari di mana kiamat juga bakal berlaku.

 

HARI JUMAAT DAN KAITANNYA DENGAN SAHSIAH PERIBADI

Pada penghulu segala hari ini, umat Islam perlu memanfaatkan sebaiknya dengan memperbanyakkan ibadah seperti membaca al-Quran, berdoa, memohon ampun, bertaubat, bermuhasabah diri dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Melalui bimbingan khutbah Jumaat juga jika kita benar-benar amati akan dapat membantu membentuk rohani yang lebih baik.

Selain itu, amalan lain yang digalakkan pada hari Jumaat adalah seperti bersedekah kerana dikatakan nilai ganjarannya lebih besar daripada hari-hari lain.

Amalan sedekah ini dapat membentuk jati diri kita sebagai individu yang prihatin kepada orang lain.

 

AMALAN MULIA PADA HARI JUMAAT

Umat Islam seharusnya mengambil kesempatan di hari Jumaat untuk meningkatkan amalan kebajikan mereka. Antaranya dengan amalan bersedekah kerana dikatakan nilai ganjarannya yang lebih besar berbanding hari-hari lain.

Perbanyakkan berbuat baik sesama insan pada hari ini.

 

ASPEK SOSIAL

Dalam melaksanakan solat Jumaat di mana ia dilakukan secara berjemaah, duduk mendengar khutbah bersama-sama, dan kemudian selepas selesai ibadah berkumpul sambil bersalam berjabat tangan. Secara tidak langsung terjadinya interaksi sosial sesama masyarakat.

Jadi ini antara manisnya keistimewaan hari Jumaat dari aspek sosial dalam membentuk dan mengukuh silaturahim sesama umat Islam khususnya.

 

Kesimpulannya, hari Jumaat merupakan hari yang memberi makna yang besar buat umat Islam dan patut ditunggu dan diraikan dengan memperbanyakkan ibadah dan megambil peluang untuk berkumpul beribadah bersama-sama.

Hari Jumaat adalah hari perpaduan sesama ummah dan pembinaan rohani diri untuk lebih mendekatkan diri dengan maha Pencipta.

Semoga Allah SWT menerima segala amalan kita. 

 

 

 

 

 

 

 

Comment

Name
Email
Comment