Shopping Cart
/ /

KETAHUI UNDANG-UNDANG BERKENAAN PEROSAK RUMAH TANGGA ANDA!

Mar 10,2023 | MR

Orang ketiga dalam rumah tangga boleh jadi keluarga sendiri yang terdiri daripada ibu bapa dan saudara-mara. Boleh jadi juga kekasih gelap atau si isteri atau kawan-kawan rapat bagi pasangan yang suka campur tangan dalam urusan rumah tangga. Istilah orang ketiga biasa digunakan dalam dunia rumah tangga. Ia merujuk kepada individu yang terlibat dalam mencampuri urusan rumah tangga pasangan sehingga membawa kepada kerosakan hubungan suami isteri yang akhirnya boleh membawa penceraian.

 

Oleh itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan satu peruntukan undang-undang yang boleh mendakwa orang ketiga yang menyebabkan hubungan suami isteri berantakan (kacau) mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Akta 559).

 

 

Melalui peruntukan ini, mana-mana isteri atau suami yang merasakan pergolakan rumah tangga mereka adalah berpunca daripada orang ketiga boleh membuat pendakwaan di mahkamah syariah yang berdekatan dengan membawa bukti dan saksi sebagaimana yang diperuntukkan bagi sebuah pendakwaan.

 

Berdasar statistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), sebanyak 30 sehingga 40 peratus daripada perceraian yang berlaku adalah berpunca daripada pihak ketiga.

 

Suami isteri mesti sentiasa berwaspada dengan hasutan dan fitnah syaitan yang berusaha mengajak manusia:

  • Kufur dan syirik kepada Allah SWT
  • Melakukan amalan-amalan bidaah
  • Melakukan maksiat, berjudi, menipu, berzina dan bermusuhan sesama sendiri
  • Meninggalkan ibadat

 

 

Syaitan berperanan menyelinap masuk ke dalam kotak fikiran untuk menghasut diri, pasangan serta orang ketiga. Jika kita dapat memahami hal ini, makin kita akan sedar betapa mudahnya manusia terjerumus ke lembah kecurangan. Keadaan akan menjadi lebih rumit apabila manusia pula bekerjasama dengan syaitan dan iblis bagi mencapai sesuatu hajat yang menjurus kepada kehadiran pebagai jenis ancaman dan sihir.

 

Jangan terus bersedih dengan ujian yang menimpa diri. Bangun dan terus kuat untuk anak-anak dan keluarga. Semoga Allah SWT memberikan ganjaran yang tinggi atas kesabaran yang selama ini anda hadapi.

 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?”. 

(Surah al-Ankabut, ayat 2)

 

Sumber : Buku Ensiklopedia Keluarga Bahagia : Cinta Sampai Syurga

Comment

Name
Email
Comment