Shopping Cart
/ /

SIMPTOM SIHIR PEMISAH. CUBA SEMAK JIKA ANDA ADA TANDA INI!

Feb 13,2023 | Must Read

(Gambar adalah hiasan)

 

Siapa yang pernah mengalami masalah seperti ini pasti tahu sakit dan kepayahan dalam meneruskan rumahtangga yang dibina betul kan ? Pastinya memberikan kesan yang cukup dalam kepada diri sendiri dan pasangan.

Jom kita lihat simptom dibawah sebagai panduan bersama.

  1. Timbul rasa benci yang bersangatan tanpa sebarang sebab dalam diri salah seorang daripada pasangan atau kedua-duanya. Adakalanya pasangan sudah berkahwin bertahun-tahun lamanya dan sudah mempunyai ramai cahaya mata, tetapi atas sebab yang tidak dapat difahami, dalam sekelip mata isteri meminta cerai. Sering saya mendengar suami atau isteri memberitahu mereka rasa benci, meluat, tak boleh tengok muka dan asyik hendak marah kepada pasangan.

2. Salah seorang daripada pasangan akan mempunyai perasaan sayang yang sangat-sangat atau melampau kepada seseorang walaupun pertama berjumpa atau baru mengenali melalui media sosial seperti Facebook, WhatsApp group, Instagram dan sebagainya.

3. Berlaku perselisihan faham dan pertengkaran antara pasangan tanpa sebab atau disebabkan perkara yang kecil.

4. Timbul rasa waswas dalam hati yang boleh menyebabkan isteri takut untuk mendekati suami. Terasa seolah-olah suami hendak menganiaya isteri atau sebaliknya.

5. Timbul rasa cemburu yang melampau sehingga menyebabkan isteri rasa berang kerana mengesyaki suami telah menduakannya., padahal suami tidak berbuat demikian.

6. Rasa risau, resah, gelisah, anxiety dan buntu selagi pasangan berada disampingnya dan berasa lega sebaik sahaja pasangan keluar dari rumah atau berada jauh dari pasanganSebagai misalnya apabila suami pergi melakukan tugas di luar kawasan (outstation) mereka saling merindui, tetapi apabila suami pulang daripada bekerja mereka mula ada perasaan benci-membenci, panas hati dan tidak selesa.

7. Pasangan mengalami sakit di seluruh tubuh badan atau sakit di sendi-sendi, tulang belakang, tulang belikat an kepala. Mereka juga akan berasa berat di bahu dan tengkuk mereka di samping selalu bersendawa atau banyak angina di badan. Ini ialah symptom yang mengalami gangguan jin di dalam badan mereka 

8. Kitaran haid yang tidak teratur dan berpanjangan juga adalah tanda sihir pemisah. Walaupun sudah bertemu dengan doktor pakar sakit puan dan menerima rawatan moden, penyakit itu sukar ditangani dan adakalanya pakar perubatan tidak dapat memahami mengapa penyakit itu berulang kembali.

9. Berlaku perubahan rupa pada pandangan mata. Isteri mungkin melihat suami dengan rupa yang menakutkan  atau marah dan bengis. Begitu juga sebaliknya.

10. Timbul desakan dalam jiwa suami untuk menceraikan isteri tanpa sebab yang jelas. Dalam hati timbul bisikan-bisikan yang dia telah melafazkan talak, padahal si suami tidak berhasrat langsung berbuat demikian. 

11. Tidak boleh bersama dan tiada rasa keinginan untuk bersama. Sewaktu isteri sedang subur, suami hilang nafsu terhadap isteri namun bila ister datang haid suami ingin bersama isteri.

12. Sukar untuk mendapat zuriat apabila ada sihir pemisah di dalam tubuh suami atau isteri. Bertahun-tahun berkahwin tetapi isteri tidak pernah mengandung. Apabila mengandung akan berakhir dengan keguguran. 

 

Ancaman sihir yang berlaku saban hari ini bukanlah suatu omongan kosong semata-mata. Ia adalah reality yang terpaksa dihadapi oleh masyarakat kita di luar sana. Selagi ada rasa dendam, dengki dan iri hati, selagi itu iblis serta bala tenteranya akan terus berusaha menjerumus manusia kepada perkara-perkara yang terkeluar daripada landasan islam.

Comment

Name
Email
Comment