Shopping Cart
/ /

BAGAIMANA NAK TERANGKAN TENTANG HAID KEPADA ANAK?

Feb 13,2023 | Must Read

(Gambar sekadar hiasan)

 

Ada seorang ibu bertanya;

Macam mana nak explain kat anak tentang haid/period?

Sebab pernah sekali waktu si ibu tengah tidur petang, tetiba anak2 bertempiaran lari dan menjerit pada si ayah:

“Papaaaaaa! Seluar mama ada darah tumpahhh!”

Ah sudah. 

 

Satu hal pulak nak explain mana datang darah tuhh.

Menurut Dr Rajan Bhonsle (sexologist), ada 2 perkara yang perlu diingat:

1. A mother shouldn’t hide anything tentang haid/period daripada anak lelaki atau anak perempuannya. In fact, anak lelaki patut dengar tentang perkara ni dari ibunya sendiri dulu, sebelum dengar daripada orang lain.

2. Waktu yang paling tepat untuk “buka cerita” tentang haid/period pada anak adalah bila anak mula bertanya. Tapi kalau anak takde tanya apa2, waktu yang paling tepat adalah bila anak berumur 9 tahun.

Sebab normally orang perempuan akan period or hit puberty at the age of 9 and above. So it’s the right time untuk fahamkan mereka, termasuklah anak lelaki supaya mereka faham tentang perubahan yang berlaku pada orang2 perempuan disekelilingnya.

Pernah sekali saya tengok TV dengan Haikal, and suddenly keluar iklan sanitary pad (tuala wanita). Habis je iklan tu, saya terus mute TV dan tanya pada Haikal-

“Haikal tahu tak iklan apa yang kita tengok tadi?

Dari situlah bermulanya conversation saya dengan Haikal tentang haid/period. Saya buka ruang untuk Haikal tanya apa saje dan saya terus jawab dalam bahasa mudah.

Senang je sebenarnya kalau kita bersikap terbuka, dengan niat nak mendidik anak. Yang penting, be as straightforward as you can, tak perlu tipu2, tak perlu melawak atau melucah.

Walaupun ia sesuatu yang terlalu peribadi dan sulit, tapi ia juga sesuatu yang anak MESTI TAHU daripada ibunya sendiri.

Anak perlu tahu, period itu perkara yg normal berlaku pada semua perempuan. Dan anak lelaki pun perlu tahu, supaya mereka mampu faham dan hormat rakan2 yang berlainan jantina.

Ada 8 perkara yang kita boleh explain pada anak tentang haid/period:

1. Sama seperti haiwan, manusia juga membiak daripada telur yang berada dalam badan si ibu. “Bayi” akan terhasil apabila sperma dari badan si ayah bercantum dengan telur dalam badan ibu

Badan ibu dan semua orang perempuan akan keluarkan telur pada setiap bulan. Tapi bila takde sperma yang datang bercantum dengan telur tersebut, maka takde lah “bayi” yang terhasil, dan telur tu akan keluar dari badan bersama darah.

2. Dari mana pulak datangnya darah tu? Telur bertukar jadi darah ke? Tidak.. Dalam badan perempuan ada satu ruang untuk bawa bayi. Namanya womb atau rahim.

Bila telur dikeluarkan, womb akan buat lapisan dinding yang tebal dan lembut (daripada sel2 darah) sebagai tempat untuk bayi yang terhasil nanti menempel kat situ. (Boleh tunjuk gambarajah anatomi sistem pembiakan manusia masa explain point ni.

Tapi bila takde sperma yang datang, maka takde bayi yang menempel, dan lapisan dinding tu akan “runtuh” dan keluar dalam bentuk darah melalui vagina atau private part perempuan. So darah yang keluar tu lah dipanggil sebagai darah haid/ period

3. Semua orang akan sampai fasa akil baligh atau puberty, dan mengalami perubahan fizikal. Contohnya, orang lelaki akan keluar air mani, suara jadi lebih manly atau garau, dan tumbuh bulu pada kemaluan. Orang perempuan pula akan keluar darah haid, payudara membesar, dan tumbuh bulu pada kemaluan.

4. Orang perempuan yang sihat akan keluar darah haid pada setiap bulan. Dan kebiasaannya selama 6-7 hari. Sepanjang tempoh tu orang perempuan tak boleh menunaikan solat atau berpuasa

5. Untuk kebersihan dan kesihatan diri, orang perempuan kena pakai sanitary pad pada underwear everytime keluar darah haid supaya darah tu tak kena pada pakaian atau tempat2 lain. Tapi in some cases, darah keluar dengan sangat banyak, sampai berlakunya kebocoran. Tapi kalau jadi camni, tak perlu panik, cuma kena cepat2 cuci dan ganti pad yang baru.

6. Sepanjang tempoh period, orang perempuan akan rasa sakit dan tak selesa di bahagian perut dan pinggang. So dalam tempoh ni orang perempuan akan jadi kurang bertenaga dan takde mood akibat kesakitan dan gangguan hormon dalam badan.

7. Period adalah hal yang terlalu peribadi bagi orang perempuan tapi ia bukan sesuatu yang memalukan, hina atau kotor. Ia sesuatu yang normal. Walaupun sebagai anak lelaki, mereka sepatutnya hormat, tak melawak atau melucah tentang keadaan ibu, adik beradik perempuan atau kawan2 perempuan yang sedang mengalami haid.

8. Period bukan penyakit atau sesuatu yang tak sihat. Malah period lah tanda seseorang perempuan itu sihat. Takde apa yang perlu dirisaukan, walaupun banyak darah keluar dari badan. Dan ia sememangnya perlu berlaku setiap bulan.

Haa gitu lah serba sikit cara nak bagi anak paham tentang period ni. Takyah guna term tiub filopio, ovari, scrotum bagai. Kang 40 malam budak tu tak boleh tidur memikiorkan rupa tiub filopio tuh 

Tapi kalau anak dah ready utk belajar lebih, boleh gunakan gambar anatomy lelaki dan perempuan untuk explain. Tengok kesesuaian dan tahap kefahaman anak ya.

By the way, kenapa anak lelaki patut tahu benda ni daripada ibunya sendiri dulu, sebelum dengar daripada perempuan lain (cikgu/ ustazah/ mak saudara / kawan) ?

Sebab ibu adalah perempuan pertama yang anak kenal dan yang paling akrab dengan anak. Ibu selalunya lebih telus dalam mendidik, berbanding orang perempuan lain.

Dan dikhuatiri kalau anak lelaki tahu perkara ni daripada orang lain seperti cikgu, ustazah, atau kawan2, anak tak betul2 faham dengan baik tentang perihal seksualiti ni disebabkan keadaan perhubungan yang terbatas.

Tapi bila si ibu sendiri yang explain, anak bebas bertanya soalan, dan dapat dengar penjelasan yang terperinci. Dan insyaAllah, anak lelaki akan lebih hormat sensitivity dan perbezaan antara lelaki dan perempuan.

Semoga kita semua diberikan kefahaman dan kepetahan untuk jadi guru pertama anak2. Aminn.

– Adlil Rajiah

 

Sumber: Facebook Adlil Rajiah

Comment

Name
Email
Comment