Shopping Cart
/ /

‘SAHABAT’ NABI MUHAMMAD S.A.W. YANG MASIH HIDUP

Feb 13,2023 | Must Read

Tentu ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangannya sahabat Nabi Muhammad yang masih hidup sehingga hari ini. Sudah tentu mustahil jika kenyataan itu benar kerana tiada makhluk yang panjang umurnya sehingga saat ini selepas kewafatan baginda. Namun terdapat kenyataan yang menyatakan bahawa ‘sahabat’yang dikatakan masih hidup hingga hari ini ialah sebatang pohon yang terletak di Syams (Syria) di dalam kawasan berpagar di tengah-tengah padang pasir Yordania.

Ajaibnya, walaupun berada di tengah padang pasir, pokok ini mampu hidup selama ribuan tahun sehingga hari ini.

Pohon Sahabi yang terletak di Yordania, Syria.

Pokok tersebut terkenal dengan panggilan Pohon Sahabi. Kerana di bawah pokok inilah tempat baginda Rasulullah dan kumpulan pedagang-pedagang Quraisy bersama-sama bapa saudaranya Abu Talib singgah untuk berehat ketika dalam perjalanan.

Pokok ini juga menjadi saksi kepada pendeta Buhaira yang telah mengenalpasti tanda-tanda kenabian pada diri Rasulullah ketika baginda berusia 12 tahun waktu itu. Beliau berjalan menghampiri kabilah pedagang yang sedang berehat itu dan terlihat Rasulullah.

Antara tanda-tanda kenabian yang beliau lihat apabila melihat dahan-dahan melindungi daun tubuh baginda daripada sinaran terik matahari.

Beliau juga melihat awan-awan berbondong di langit melindung baginda daripada terik matahari sepanjang perjalanan musafir mereka.

Melihatkan kepada tanda-tanda tersebut, pendeta Buhaira berpesan kepada Abu Talib agar menjaga anak saudaranya itu baik-baik kerana suatu hari nanti baginda akan menjadi seorang yang penting kepada umat manusia.

Mungkin benar pohon yang berada di Yordania itu adalah pohon tempat Rasulullah pernah berteduh kerana walaupun tumbuh di tengah padang pasir gersang, tetapi mampu hidup dengan dedaunan yang menghijau segar. Boleh jadi itu merupakan asbab rahmat dan keberkatan baginda yang sering berehat di situ.

Siapakah yang menemui pohon sahabi?

Pohon Sahabi dikatakan telah ditemui oleh Putera Gahzi Muhamad, seorang pakar sejarah ketika beliau bertugas di Perpustakaan Kerajaan. Di sana, beliau mengkaji arkib negara dan sejumlah bahan-bahan bacaan yang akhirnya menjurus kepada pohon tersebut.

Walaupun demikian, ada juga pihak dan ulama yang berbeza pendapat tentang kesahihan pohon sahabi ini. Namun yang pasti, jika pohon ini adalah pohon yang dimaksudkan di dalam kisah pendeta Buhaira tadi, inshaallah ia pasti pohon yang dirahmati Allah kerana besar jasanya memberi teduh dan keselesaan kepada kekasih Allah saat baginda bermusafir bersama bapa saudara baginda satu ketika dulu.

Dan sekiranya ia bukan pohon yang dimaksudkan seperti di dalam riwayat baginda Rasulullah, maka perkara utama yang perlu kita ambil adalah pengajaran daripada kisah perjalanan baginda sejak lahir. Belajar bagaimana berjiwa besar seperti baginda yang hidup tanpa kasih sayang ibu dan ayah kandung namun akhirnya menjadi seorang pemimpin yang disegani dan hamba Allah yang dikasihi.

Wallahu’alam bissawab

**Banyak lagi perincian kisah hidup Rasullullah boleh didapati daripada buku Muhammad rasul Terakhir dan Biografi Agung Rasulullah.

Comment

Name
Email
Comment