now is modern browser
Shopping Cart
/ /

APA ITU "HEALING"?

Aug 22,2023 | MR

Self Healing membawa maksud penyembuhan diri dan ianya adalah satu kaedah penyembuhan jiwa, melepaskan perasaan dan emosi yang terpendam dalam diri. Aktiviti penyembuhan diri biasanya dilakukan dengan mengunjungi tempat-tempat yang menenangkan untuk menikmati keindahan salam semula jadi atau berehat daripada aktiviti yang sibuk. Jadi, boleh dikatakan self healing ialah penyembuhan diri yang bertujuan untuk melepaskan luahan, kemarahan, dan kenangan buruk yang tersimpan sekian lama yang menganggu fikiran.

Healing adalah untuk mereka yang sedang saikit, terluka, trauma atau ada penyakit. Kebanyakkan kita mungkin tidak tergolong dalam kelompok ini. Ramai yang memberi nasihat jika terluka, cari kawan baru. Jika sedih pergi keluar bercuti atau jika kecewa, pergi ke pantai membawa diri. Tapi selepas kita dah lakukan semua itu tapi kita masih lagi merasai sakit bahkan fikiran kita masih lagi mengingati peristiwa atau kisah yang menyakitkan itu. Apabila habis sedaya upaya untuk kita melupakan namun masih lagi terasa sakitnya semakin lama semakin dalam, dan ini yang membuatkan seseorang itu terus rasa putus asa dalam kehidupan dan rasa habis sudah segala harapan.

Namun adakah semudah itu healing?

Proses merawat jiwa bukanlah semudah keluar dari satu tempat ke tempat ang lain atau bukanlah dengan meninggalkan individu yang memberi luka hari ini dan esok kia akan sembuh...

Healing ialah satu proses dan merancang proses yang betul sangat membantu. Kita perlu belajar cara untuk healing. Kita perlu faham dahulu emosi kita. Penyembuhan emosi ialah proses mengakui, membenarkan, menerima, mengintegrasikan dan memproses pengalaman hidup yang menyakitkan serta emosi yang kuat. Ia melibakan empati, pengawalan diri, belas kasihan diri, penerimaan diri dan kesedaran. 

Namun bagaimanakah proses healing yang sebenarnya?

 

****Petikan daripada buku Comeback Stronger tulisan Syira Lokman.

 

Comment

Name
Email
Comment