PENTINGKAH FARAID?
Aug 16,2023 | MR
Ilmu faraid adalah ilmu pembahagian harta pusaka atau ilmu yang berkaitan dengan harta peninggalan si mati. Ia adalah gabungan kaedah fiqh dan matematik yang membolehkan hak setiap waris diketahui daripada pengiraan yang dilakukan.
Hukum Faraid adalah peraturan dalam hukum syarak yang mengaturkan pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang.
Hukum Faraid adalah satu aspek penting dalam hukum keluarga Islam dan ia merupakan suatu perintah Allah SWT yang wajib dipatuhi oleh semua umat Islam. Seperti mana yang ditetapkan dalam firman Allah SWT dalam surah An-Nisa' ayat 11-12.
Dalam hukum syarak, Ahli waris yang mempunyai hak Faraid ke atas pusaka si mati mestilah :
- Mempunyai pertalian darah
- Seorang Muslim dan
- Mempunyai pertalian perkahwinan