Shopping Cart
/ /

ORANG KETIGA

Aug 23,2023 | MR

Orang ketiga dalam rumah tangga boleh jadi keluarga sendiri yang terdiri daripada ibu bapa dan saudaramara. Boleh jadi juga kekasih gelap si suami atau si isteri atau kawan-kawan rapat bagi pasangan yang suka campur tangan dalam urusan rumah tangga.


Istilah orang ketiga biasadigunakan dalam dunia rumah tangga. Ia merujuk kepada individu yang terlibat dalam mencampuri urusan rumah tangga pasangan sehingga membawa kepada kerosakan hubungan suami isteri yang
akhirnya boleh membawa perceraian. Namun begitu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan satu peruntukan undang-undang yang boleh mendakwa orang ketiga yang menyebabkan hubungan suami isteri berantakan (kacau) mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Akta 559).  

 

AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1997 (AKTA 559)

Peruntukan :

Seksyen 36

Kesalahan dan Hukuman
Memujuk lari perempuan bersuami. Orang yang disabit bersalah didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tiga tahun, atau kedua-duanya.

Seksyen 37

Kesalahan dan Hukuman
Menghalang pasangan sudah bernikah daripada hidup bersama sebagai suami isteri. Mereka yang disabit kesalahan itu boleh didenda RM2,000 atau penjara setahun, atau kedua-duanya sekali.


Seksyen 38

Kesalahan dan Hukuman
Sesiapa yang menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan, serta tanggungjawabnya dengan hukumannya sama seperti peruntukan Seksyen 36. Melalui peruntukan ini mana-mana isteri atau suami yang merasakan pergolakan rumah tangga mereka adalah berpunca daripada orang ketiga boleh membuat pendakwaan di mahkamah syariah yang berdekatan dengan membawa bukti dan saksi sebagaimana yang diperuntukkan bagi sebuah pendakwaan.


Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), sebanyak 30 sehingga 40 peratus daripada perceraian yang berlaku adalah berpunca daripada pihak ketiga. 

 

****Dipetik daripada buku Ensiklopedia Keluarga Bahagia 

 

 

 

Comment

Name
Email
Comment