PENYEMBUHAN EMOSI
Aug 23,2023 | MR
Penyembuhann secara emosi (emotional healing) merupakan kemampuan seseorang untuk mengawal pemikiran, perasaan dan emosi yang menyakitkan supaya tidak menganggu fungsi diri sebagai manusia dalam kehidupan seharian. Proses ini memerlukan kita menerima kesakitan dalam hidup dan belajar cara menyesuaikan diri dengan tekanan yang pelbagai. Apabbila sembuh nanti, rasa sakit itu tidak akan sama seperti permulaanya dahulu. Kenangan itu tetap ada, cuma rasanya semakin berkurang.
Sepanjang proses ini juga kita belajar membuang semua pemikiran yang negatif dan menggantikan dengan pemikiran positif yang membawa perkembangan baik kepada diri. Ia lebih kuat mendorong untuk menerima kesedihan, dengan itu menajdi lebih kuat dan lebih yakin dari dalam. Penyembuhan emosi mengajar kita tentang mengatasi dan menyesuaikan diri. Ia mewujudkan kesedaran terhadap reaksi emosi dan membantu meluahkan perasaan dengan cara yag betul.
Berfikir dan bertindak mengikut situasi memberikan keupayaan untuk menguruskan tekanan. Mencari tujuan dan makna dalam hidup menjadikan hubungan baik dengan orang lain dan kemudian tumpuan kepada perkara yang baik dalam hidup berlaku.
Namun apakah punca kepada berlakunya kekacauan emosi?