Shopping Cart
/ /

CARA HEALING DALAM AGAMA ISLAM

Aug 24,2023 | MR

1. Solat

Selain menjadi salah satu kewajiban umat muslim, solat juga merupakan cara utama seorang muslim dalam berinteraksi langsung kepada Tuhannya. Dengan memperteguhkan solat hati akan menjadi lebih tenang, Setelah solat kita juga dapat mengadu kepada Allah di dalam doa. Kerana sesungguhnya Allah lah yang paling memahami masalah kita tanpa harus bercerita panjang kali lebar.

2. Berzikir

Pada dasarnya berzikir adalah mengucapkan kalimat-kalimat yang baik, namun berzikir juga dapat dilakukan dengan mengingat betapa besarnya kasih sayang Allah terhadap hambaNya. Dengan berzikir maka akan membuat hati jauh lebih tenteram.

3. Ikhlas dan bersabar

Dalam mengatasi masalah yang ada tentunya terasa berat jika tidak adanya rasa sabar dalam diri. Sebelum bersabar, tetaplah selalu ikhlas dalam menghadapi masalah,  kerana pada dasarnya keikhlasan itu adanya di dalam hati manusia. Dengan ikhlas dan sabar, maka InsyaAllah segala macam masalah akan terasa menjadi ringan dan tenang.

4. Membaca Al-Quran

Membaca Al-Quran merupakan salah satu self healing terbaik. Kerana Al-Quran adalah kumpulan kalam Allah SWT yang berisikan sesuatu yang sangat berkaitan dengan kehidupan manusia. Maka dengan membaca Al-Quran kita dapat menemukan jawapan dari masalah yang sedang kita hadapi. 

5. Bertafakur dan bermuhasabah

Bertafakur adalah dengan memikirkan ataupun merenungkan. Tafakur merupakan cara dalam memperoleh pengetahuan tentang tuhan dalam maksud yang hakiki. Sedangkan bermuhasabah adalah mencari dimana kelemahan diri, yang juga merupakan salah satu cara dalam memperbaiki dan menyucikan hati. 

Ketika masalah menghampiri, kita dapat mengatasinya dengan mengingat kebesaran Allah serta menyucikan hati kembali. Dengan demikian, maka hati akan menjadi lebih tenang. Semua manusia memiliki masalah ataupun ujian, namun setiap ujian yang telah Allah beri tidaklah melampaui batas kemampuan setiap hambaNya. 

Sebagai seorang muslim hendaklah kita kembali dan terus mengingatNya, baik dalam keadaan susah maupun senang. Kerana sesungguhnya Dialah tempat kita mengadu dan maha memberi pertolongan.

Comment

Name
Email
Comment