Cart
/ /

PUNCA KEPADA GANGGUAN EMOSI

Aug 25,2023 | MR

TRAUMA MASA LALU

Trauma masa lalu antara isu yang tidak diambil serius sedangkan inilah antara isu yang terpendam dalam jiwa manusia sehingga dewasa. Kita semua mempunyai pengalaman pahit yang kita sorokkan. Merana, kecewa, trauma, teruji emosi, fizikal dan mental bermula saat kita kecil. Semua pengalaman ini mewujudkan penderitaan emosi uag melahirkan "parut" sehingga kita dewasa. Trauma wujud kesan daripada kejadian demi kejadian yang berlaku dalam hidup seseorang. Hal ini berlaku di luar kemampuan seseorang dan kejadian itu menganggu fizikal juga mental seseorang.

 

KELUARGA DAN PERSEKITARAN TOKSIK

Membsar dalam keluarga atau persekitaran yang toksik boleh menyebabkan trauma dalam hidup. Ada keluarga yang sering mempunyai konflik atau bergaduh. Ada juga anak-anak tertekan dengan ibu bapa. Anak-anak wajib cemerlang akademik, wajib dapat kerja bergaji besar, wajib mengikut kehendak ibubapa dan tidak diberikan kebebasan untuk memilih. Ada juga ibubapa yang pilih kasih atau salah seorang anak sering menjadi kambing hitam dalam keluarga. Lebih sakit, jika ibubapa sendiri narsistik. Ini semua meberi kesan trauma secara mental.

Belum lagi yang jelas tersakiti secara fizikal. Dipukul kerana kesalahan kecil. Dimarahi berulang kali dan dijadikan tempat melepas amarah serta nafsu. Setiap hari ada sahaja vang tidak kena. Itu belum lagi jika ada anak yang dominan Semua adik-beradik lain perlu ikut, dengar dan patuh kepada arahan dia sahaja. Tada bantahan dan perbincangan. Ibu ayah pun tak masuk campur. Jika dilawan, akan dipulaukan. Membesar dalam persekitaran inilah yang membuatkan kita berada dalam trauma.

TRAUMA DARI ZAMAN KANAK-KANAK

Sama juga jika kita bekerja dalam persekitaran yang toksik. Dikritik, dimarahi berulang kali, rasis, bias, pilih kasih atau dipulaukan. Di depan kita semua boleh tapi di belakang semua hanya sandiwara. Ada sahaja penipuan demi penipuan. Ada sahaja harapan palsu yang ditaburkan. Semua ini sangat menyakitkan mental dan fizikal. Kita penat nak memulakan hari hingga tertekan dan mungkin sampai tahap burnout. Inilah membentuk trauma hingga kita sukar mengawal minda. Lepas ni susah nak percaya orang, hilang keyakinan diri dan rasa tiada nilai lagi.

Comment

Name
Email
Comment