Shopping Cart
/ /

PENTINGNYA MENJAGA KEBERSIHAN KELUARGA

Aug 26,2023 | MR

 

Kebersihan yang dimaksudkan di sini merangkumi kebersihan zahir dan batin keluarga tersebut. Antara kebersihan fizikal adalah seperti rumah yang kemas, tersusun rapi, bersih daripada sampah sarap sertadebu. Keadaan ini boleh melahirkan ketenangan kepada penghuninya.

Selain itu, kebersihan sumber yang menjamin kelangsungan hidup berkeluarga berpunca daripada pendapatan yang halal, makanan yang halal, minuman yang halal, pakaian yang halal dan cara hidup yang halal. Hal ini kerana sakinah saadah (kebahagiaan) atau ketenangan dalam keluarga akan berterusan dan berkekalan apabila ia bersumberkan yang halal dan diredai Allah SWT.

Satu lagi perkara penting dalam kehidupan berkeluarga ialah kebersihan hati dan perasaan daripada hasad dengki, dendam, marah dan segala macam sifat mazmumah. Kebersihan jiwa ahli keluarga akan menampakkan keharmonian dan kedamaian hidup berkeluarga. Ahli keluarga sakinah akan selalu reda dengan pemberian anugerah Allah SWT kepada mereka.

Apabila mendapat rezeki yang lebih, mereka bersyukur dan bersedekah kepada fakir miskin. Apabila kekurangan, mereka bersabar dan tidak putus asa untuk berusaha dan berikhtiar. Mereka ialah keluarga yang selalu berusaha menuntut ilmu-ilmu agama Allah SWT untuk memperbaiki semua aspek kehidupan.

Secara ringkasnya, terdapat dua modul kebersihan keluarga Sakinah iaitu,

1. KEBERSIHAN LUARAN (ZAHIR)

  • Rumah dan pakaian
  • Sumber makanan
  • Sumber pendapatan

2. KEBERSIHAN DALAMAN (BATIN)

  • Tiada hasad dengki
  • Tiada dendam
  • Tiada marah

*****Dipetik daripada buku Ensiklopedia Keluarga Bahagia

 

Comment

Name
Email
Comment