Shopping Cart
/ /

AWAL MUHARRAM - SELAIN NABI MUHAMMAD SAW, SIAPAKAH LAGI NABI YANG TERLIBAT DALAM PERISTIWA HIJRAH?

Jul 18,2023 | MR

Dari sudut bahasa, hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan yang lain. Dari sudut istilah pula, hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang. Ini berdasarkan hadis bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Orang yang berhijrah adalah orang yang meninggalkan kejahatan, maka dia menjauhinya." (Riwayat Ahmad).

Dalam makna yang lebih luas, hijrah difahami sebagai perpindahan daripada suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Contohnya, meninggalkan ajaran bertentangan dengan Islam dan kembali kepada ajaran Islam sebenar.

Pada asasnya, peristiwa hijrah bukan saja berlaku kepada Nabi Muhammad SAW, tetapi turut dilakukan oleh nabi yang lain atas perintah Allah SWT. Nabi Musa AS diarahkan berhijrah kerana ancaman pembunuhan terhadap baginda. Selain itu, banyak ayat al-Quran yang menerangkan peristiwa hijrah Nabi Musa AS ke Madyan, atas cadangan seorang lelaki yang mengetahui ada pakatan bunuh terhadap Nabi Musa AS.

Nabi Nuh pula diperintahkan berhijrah kerana akan berlaku banjir besar.

Walaubagaimanapun, dalam konteks hari ini, hijrah yang disambut setiap tahun pula lebih kepada memperingati peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW dan sahabat dari kota Mekah al-Mukarramah ke kota Madinah al-Munawwarah.

Peristiwa ini berlaku pada 622M disebabkan beberapa faktor, antaranya ancaman daripada kaum Quraisy terhadap umat Islam. Malah beberapa bulan sebelum hijrah, Rasulullah SAW turut dihina penduduk Thaif yang angkuh dengan dakwah Baginda.

Jesteru bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikut Baginda keluar dari Mekah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib).

*Petikan daripada buku Ibadah Sehari Hilang Dosa Setahun.

Comment

Name
Email
Comment