Shopping Cart
/ /

PERISTIWA BULAN MUHARRAM

Aug 08,2023 | MR

 

 

Peristiwa penting dalam Muharram.

1 Muharram

Khalifah Umar Al-Khatab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah)

10 Muharram

Dinamakan hari Asyura kerana pada hari tersebut banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Antara peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram ini adalah;

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.

2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit. 

3. Nabi Nuh diselamatkan Allah dari perahunya selepas bumi ditenggelamkan selama enam bulan.

4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran raja Namrud.

5. Allah menurunkan kitab Taurat pada nabi Musa.

6. Nabi Yusuf dibebaskan daripada penjara.

7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan Allah.

8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selamat 40 hari 40 malam.

10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.

11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.

12. Nabi Sulaiman dikurniakan  Allah kerajaan yang besar.

Comment

Name
Email
Comment