Shopping Cart
/ /

KENAPA BERMAIN ITU PENTING BUAT ANAK?

Aug 08,2023 | MR

 

Bagi kita, anak yang cepat membaca, adalah anak yang genius. Kan?

Anak yang paling cepat pandai pegang pensel dan menulis, adalah anak yang bijak. Kan?

Anak yang paling cepat hafal al-Fatihah, adalah anak yang pandai. Kan?

Lepas tu, anak yang kuat main, adalah anak yang lembab, tak dengar cakap, anak yang jauh ke belakang, anak daripada keturunan bodoh, dan sebagainya. 

Ini semua adalah salah sama sekali.

Bermain-main itu lumrah dan hak anak-anak yang tak sepatutnya disekat-sekat. Terutamanya anak yang berusia 5 tahun ke bawah. Kerana kanak-kanak 5 tahun ke bawah ini sebenarnya belajar lebih banyak dan lebih baik ketika bermain. Dengan bermain, otak mereka berfungsi dengan lebih baik dan cergas.

Bermain amat berkait rapat dengan fungsi otak dan kawalan emosi anak-anak. Mereka meneroka, berimaginasi, berasa ingin tahu, dan banyak berfikir ketika bermain.

Senang cerita mereka guna otak ketika bermain.

Mereka belajar ketika bermain.

Bermain tak semestinya dengan permainan tertentu yang terdapat di pasaran. Tak perlu mainan yang mahal.

Aktiviti-aktiviti yang menggunakan perkakas dapur, atau apa saja barang yang sedia ada di rumah pun dah memadai. Apa jua aktiviti bermain yang melibatkan kreativiti daya imaginatif, fokus, dan interaksi secara tidak langsung akan memberikan kesan baik kepada rangsangan dan perkembangan otak anak.

Anak-anak 5 tahun ke bawah ni biasanya tak perlukan manual atau jaduan waktu belajar atau aktiviti-aktiviti tertentu dalam rutin seharian mereka. Kerana setiap hari mereka adalah berbeza-beza, kecenderungan mereka berubah-ubah, dan mereka melalui fasa-fasa tertentu sepanjang hari-hari mereka.

Jadi, selalunya rutin yang sama je sapanjang hari, seperti persekolah yang mengamalkan strict education adalah sangat bercanggah dengan fitrah mereka. Itu yang budak jadi cepat letih, pasif, serba tak kena dan sebagainya. Mereka sememangnya perlukan rangsangan dan masa bermain.

Pada tahap umur 5tahun ke bawah, pergerakan tangan-kaki dan seluruh anggota badan yang dihasilkan ketika bermain, membantu merangsang saraf dan otak dengan lebih baik.

Antara kebaikan bermain,

1. Bermain merangsang kemahiran komunikasi - Hal ini lebih jelas dan berkesan apabila anak bermain secara berpasangan atau berkumpulan, mereka bercakap dan mendengar, maka secara tidak langsung mereka berkomunikasi.

2. Bermain dapat mendidik anak tentang hubungan sesama manusia - Kualiti hubungan sesama manusia yang dibangunkan semasa bermain akan meningkatkan rangsangan emosi dan mental kanka-kanak.

3. Bermain dapat merangsang perkembangan kognitif - Perkembangan kognitif berkaitan dengan memori, pemikiran kreatif, pemikiran imaginatif, kemahiran menyelesaikan masalah dan sebagainya

 

****Dipetik daripada buku 3 Kertas, 3 Krayon, 3 Pensel Warna tulisan Adlil Rajiah.

Comment

Name
Email
Comment