Cart
/ /

Diskaun Saman 60% Sempena Hari Polis Ke-216

Mar 20,2023 | Dean Arrazi

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) telah mengumumkan notis rasmi pengurangan saman terpilih melalui laman Facebook JSPT.

Pengurangan sehingga 60% itu akan ditawarkan selama 12 hari bermula 12 Mac 2023 hingga 31 Mac 2023. Diskaun khas ini adalah bersempena dengan Hari Polis ke-216.

Pengurangan Kompaun TIDAK Ditawarkan bagi kesalahan berikut:

  1. Kemalangan
  2. Kesalahan Bicara Mahkamah (M)
  3. Saman Berstatus Waran (W)
  4. Kesalahan Berkaitan Kenderaan Berat (Lori)
  5. Memotong Secara Berbahaya
  6. Menggunakan Lorong Kecemasan
  7. Kesalahan Tidak Boleh Kompaun (NV)
  8. Tidak Patuhi Isyarat Lampu Merah
  9. Memotong Di Garisan Berkembar
  10. Kesalahan Pengubahsuaian Ekzos
  11. Saman Berstatus OP Selamat

Cara Pembayaran

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara pendaftaran dan diskaun bayaran di Portal MyBayar Saman, sila rujuk artikel berikut: MyBayar Saman: Semakan & Bayaran Saman PDRM Online

 

PEMBAYARAN SECARA MANUAL DI KAUNTER

  • Bayaran di semua kaunter bayaran trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen serta Daerah seluruh negara.
  • Bermula 20 Mac hingga 31 Mac 2023.

 

SENTIASA BERJASA

Seiring dengan jasa dan komitmen berterusan pihak PDRM sepanjang memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara kita yang tercinta, MR mengucapkan Selamat Hari Polis Ke-216 buat seluruh anggota yang masih bertugas dan telah bersara. Sesungguhnya segala jasa anda amatlah bermakna buat kami semua.

Sumber.


Jom sertai Komuniti Must Read di Telegram:

Telegram: https://t.me/mymustread

Comment

Name
Email
Comment