Cart
/ /

IBU BAPA YANG SUPER BUSY, MACAM MANA CARA NAK HANDLE MASA DENGAN ANAK-ANAK?

Oct 12,2023 | MR

 

                                                               

 

Untuk semua ibu bapa bekerja yang SUPER BUSY di luar sana, saya nak kongsi beberapa tip yang mungkin boleh meringankan beban, and to help you juggle work and parenthood better.

 

1. BUAT PERSEDIAAN PADA MALAM SEBELUMNYA

Perasan tak, hidup kita lebih terurus dan teratur apabila kita membuat perancangan harian lebih awal. Bak kata ayah saya, “Semua orang ada 24 jam. Kita sebenarnya bukan tak ada masa, tapi kita tak pandai rancang dan urus masa mengikut keutamaan (prioritising).”

Jadi setiap malam, buat to-do list untuk esok.

  • Sediakan bahan-bahan masakan untuk masak esok (for those who prepare home-cooked meals).
  • Sediakan baju untuk dipakai esok.
  • Siapkan beg kerja/beg sekolah anak untuk dibawa esok.
  • Kemas rumah sikit-sikit asalkan nampak ‘presentable’, supaya apabila kita penat balik kerja esok, rumah akan beri perasaan-perasaan yang baik kepada kita.

 

2. RANCANG PEMAKANAN UNTUKSEMINGGU TERUS

Mungkin ada sos, rencah, sambal, atau pati yang boleh dimasak siap-siap, pek kecil-kecil, dan masukkan dalam peti sejuk.

Apabila nak masak nanti, campak je dalam kuali. Tak perlu terhegeh-hegeh setiap kali nak masak, nak kupas bawang, tumbuk cili apa semua. Macam daging, ayam, ikan apa semua, siap-siap siang, potong, cuci, selawat, dan letak di dalam peti sejuk.

Pastikan semua bahan-bahan mentah dah ready-to-cook untuk seminggu terus.

Selain boleh menjimatkan masa, cara ni boleh kurangkan masa nak membasuh banyak benda lepas memasak juga.

 

3. TETAPKAN MASA MEMBELI BELAH BARANG DAPUR

Buat sebulan sekali atau dua kali je kalau boleh. Menurut kajian, kebanyakan ibu bapa akan tertekan apabila terlalu kerap grocery shopping dengan anak-anak. Terutama apabila anak-anak tantrum dalam supermarket. Akhirnya, mak bapak pun tantrum sekali. Terus terbalikkan troli kat situ juga.

Salah satu sebab anak tantrum adalah kerana mereka mahukan perhatian dan masa berkualiti dengan ibu bapa. Sudahlah anak-anak jarang dapat bermanja dengan ibu bapa, apabila ada peluang, asyik nak pergi shopping je pula. 

Jadi kalau boleh, kurangkan aktiviti yang berpotensi bagi anak tantrum seperti grocery shopping. Kalau ada khidmat online groceries yang boleh terus hantar ke rumah, GUNAKAN.

 

4. KERJA BETUL-BETUL DITEMPAT KERJA

Sentiasa fokus di tempat kerja. Gunakan masa di tempat kerja dengan sebaiknya untuk selesaikan semua tugasan dalam to-do list.

Sentiasa kekal positif. Kekalkan state of mind yang baik. Kekalkan emosi yang baik. Good state of mind and emotions will help the brain to function more productively.

Tetapkan niat.

“Aku bekerja hari ni kerana Allah SWT bagi mendapat

keberkatan Allah SWT, bagi menyara keluarga dan

anak-anak yang diamanah oleh Allah SWT.”

Insya-Allah urusan di tempat kerja dipermudahkan, dan

anak-anak dijaga oleh tangan-tangan yang baik.

 

- Adlil Rajiah

********

Ada lagi 6 tip. Nak tahu, boleh dapatkan melalui buku Parents Welcome To My World tulisan Adlil Rajiah.

 

 

Comment

Name
Email
Comment