now is modern browser
Shopping Cart
/ /

LOKASI PALESTIN ADALAH ANTARA TIGA BENUA YANG MEMENTINGKAN PERDAGANGAN ASING

Oct 13,2023 | MR

 

                                                       

LOKASI PALESTIN  ADALAH ANTARA TIGA BENUA YANG MEMENTINGKAN PERDAGANGAN ASING

Mereka sedang berusaha untuk mencapai impian masa hadapan. Ramai golongan Kristian gembira kerana mengharapkan Hague sejagat wujud di Baitulmuqaddis. Satu susunan sosial baru akan wujud untuk menyokong Zion. Idea ini disampaikan oleh A. A. Berle dalam buku The World Significance of a Jewish State. Sekiranya semua golongan Yahudi pada hari ini adalah golongan Perjanjian Lama (Old Testament), mereka akan menjadi begitu teruja untuk membina semula masyarakat Nabi Musa. Masyarakat yang diperakui menjadi perlindungan terbaik menentang isu kemiskinan dan plutokrasi. Tetapi bukan itu yang berlaku. Palestin tidak jatuh ke tangan golongan Yahudi berketurunan Perjanjian Lama. Sebelum impian boleh dicapai, Judah mesti muncul kembali kerana menurut ramalan:"Judah juga akan menyerang Baitulmuqaddis."

Situasi kaum di Palestin sedang berada di hujung tanduk. Rakyat Amerika tidak memahaminya. Mereka hanya menerima propaganda Zionis secara bulat-bulat. Propaganda yang menyatakan Palestin adalah tanah Orang Yahudi dan mereka sedang berusaha untuk kembali ke tanah air.

Berbeza dengan fakta sejarah dan politik yang diketahui umum iaitu Palestin bukan tanah orang Yahudi sejak lebih 2000 tahun dahulu. Di Palestin, ada 500,000 orang Islam, 105,000 orang Kristian dan hanya 65,000 orang Yahudi. Industri utama negara itu adalah pertanian. Golongan yang terlibat dalam industri pertanian adalah orang Islam sebanyak 69 peratus, diikuti oleh orang Kristian sebanyak 46 peratus dan orang Yahudi hanya 19 peratus. Dari segi bilangan penduduk dan juga dari segi industri, golongan Yahudi adalah kumpulan minoriti.

Bagaimana mereka boleh mengatakan Palestin adalah tanah air mereka? Memang tidak masuk akal!

Lebih pelik adalah hasil perbincangan perang, Palestin diberikan kepada golongan Yahudi tanpa mengambil kira siapa sebenarnya penduduk asalnya, seolah-olah Belgium diserahkan kepada Mexico. Memang tidak masuk akal! Kebanyakan penduduk asal adalah golongan Semit. Tetapi mereka juga tidak mahu golongan Yahudi berada dalam kalangan mereka.)

Golongan anti-Yahudi memang sudah sah tidak sukakan golongan Yahudi. Namun, mengapa kaum Semit juga tidak menyukai golongan Yahudi? Bukankah mereka ada bau-bau bacang dengan golongan Yahudi berdasarkan sejarah? Ini memang sesuatu yang aneh. Deklarasi Balfour dan syarat Mandat yang dikeluarkan di San Remo, mengesahkan kewujudan hak kaum peribumi. Semua orang tahu Siapa sebenarnya penduduk asal Palestin sejak 2000 tahun lalu. 

Semua mengiktiraf hak kaum pribumi itu kecuali golongan Yahudi.

 

********

Dipetik daripada buku The International Jews - Konspirasi Yahudi Menguasai Dunia oleh Henry Ford

 

                               

Comment

Name
Email
Comment