now is modern browser
Cart
/ /

PERKAHWINAN BERLAINAN AGAMA: DIBENARKAN ATAU TIDAK?

Aug 28,2023 | MR

Apakah nasihat bagi seseorang yang ingin berkahwin dengan pasangan berlainan agama, yang akan memeluk Islam sebelum bernikah?

Islam tidak menghalang seseorang Muslim untuk berkahwin dengan pasangan yang bukan Islam dengan syarat pasangan tersebut telah memeluk Islam.

1. Bagi pasangan yang beragama Islam sama ada lelaki tau perempuan, mereka bertanggungjawab untuk memastikan pasangan tersebut memahami Islam dan memeluk Islam bukan sekadar untuk berkahwin bahkan mesti menyedari hakikat sebenarnya kemuliaan Islam itu sendiri.
 

2. Pasangan Islam perlu bertanggungjawab untuk membimbing mereka dalam memahami asas-asas Islam, tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah, suami atau isteri, ayah atau ibu dalam mendidik anak-anak.

3. Pasangan tersebut perlu ada perancangan dalam mendidik isteri atau suami kerana kejayaan mengislamkan seseorang yang bukan Islam merupakan satu pahala yang besar tetapi mengabaikan dan tidak membimbing mereka setelah memeluk Islam ialah satu kezaliman.

4. Pasangan tersebut juga perl mempunyai kefahaman Islam yang baik dan berniat untuk berkahwin bag tujuan meramaikan umat Islam serta membimbing pasangan menjadi Muslim yang hakiki.
 

5. Pasangan Islam perl membantu pasangan barunya memahami Islam seperti membenarkan mengikuti kelas fardu ain anjuran PERKIM atau sebagainya.

6. Pasangan perl membantu dalam member pengetahuan dan pemahaman tentang asas-asas dan hukum hukum Islam seperti amalan rukun Islam, kewajipan menutup aurat, menjaga pergaulan, tidak minum arak dan sebagainya.

Comment

Name
Email
Comment